Saturday, June 25, 2011

Homemade Chicken Nugget



Assalamualaikum. Ari ni layan dulu yerk Homemade Chicken Nugget ni. Baru jerk dihabiskan tadi...sebenarnya dah banyak hari dah buat untuk sarapan anak2...ari ni baru sempat nak n3kan. Memang best Homemade Chicken Nugget ni, first time gak Mas buat sendiri. Selalunya beli jerk yang segera tu. Maceh pada Ros Jintanmanis yang telah berkongsi resepi Homemade Chicken Nugget ni, cuma nugget Mas ni tak cantik sangat kuningnya sebab Mas guna serbuk roti warna putih...hentamm jerk la kan..lain kali boleh guna serbuk roti kuning tu.....tak mo bebel lagi...byeee semua....tuan tanah nak gi pasar tani ngan tesco jappp.....

Homemade Chicken Nugget
Resepi : Ros Jintanmanis
Bahan ( klu buat separuh adunan pun boleh) :
  • 400 gram daging ayam kisar  ( ros guna jenama ramli)
  • 250 gram taufu lembut
  • 1/2 biji telur
  • sedikit garam
  • 200 gram serbuk roti warna putih ( ros guna 6 keping roti biasa, toastkan dan kisar halus)
  • lada sulah
  • 2 sudu kecil baking powder ( ni taknak letak pun takpe)
  • *Untuk Coating*
  • 2 biji telur yang dipukul sedikit menggunakan garpu
  • 180 gram serbukroti warna oren
Cara membuatnya :
  1. Taufu diletakkan dalam bekas brelubang ( tapis) dan biarkar sebentar lebih kurang 1/2 jam bagi mengeluarkan air yang terdapat daripada taufu lembut tu.
  2. Kemudian masukkan semua bahan dalam bekas adunan kecuali bahan coating, kacau sebati, dan pastikan semuanya mesra, selepas itu bolehlah dibentukkan mengikut bentuk yang digemari. Jika adunan nugget ni terlalu lembut boleh tambahkan lagi serbuk roti warna putih tu ataupun sapukan sedikit minyak masak pada tapak tangan supaya mudah untuk membentukknya.
  3. Akhir sekali coating nugget tadi, pecahkan telur di dalam bekas kecil dan pukul sikit menggunakan garpu, celupkan nugget dan salutkan dengan serbukroti berwarna oren, ulang langkah tadi sehingga semuanya selesai. kalau nak coating yang lebih tebal celupkan sekali lagi dalam adunan telur dan salutkan sekali lagi dengan serbuk roti warna oren tu.
  4. Simpan di dalam plastik bersih dan sejuk bekukan, sebelum digoreng, selamat mencuba. Satu sajian nugget ayam yang berkhasiat untuk si manja anda, khasiat kalsium dan vitamin dari taufu lembut tu amat baik untuk kesihatan.




Homemade Chicken Nugget Rating: 4.5 Diposkan Oleh: jagostu

0 comments:

Post a Comment