Assalamualaikum.
Sebenarnya dah kali 2 Mas buat Kek Span Coklat Ayat Sendiri ni. Masa buat untuk first timenya, Alhamdulillah, menjadi dengan jayanya...tapi topping pulak yang gagal...masa tu Mas buat topping buttercream dan topping tu termanis sangat...hilang mood nak betul2 menikmati Kek Span Coklat Ayat Sendiri ni. Jadi Mas buat lagi semalam...he3...
Alhamdulillah, setelah berguru dengan Anna Qawina, topping cream cheese Mas menjadi dan rasanya sedapp sangat. TQ yerk Anna.
Cerita tentang Kek Span Coklat Ayat Sendiri ni, Mas betul2 seronok mencubanya. Kek ni tak susah sangat membuatnya, asalkan ikut betul2 resepinya. InsyaAllah menjadi dan rasanya.....MEMANG SEBIJI MACAM KEK SPAN KAT KEDAI KEK, gebu dan ringan, tapi tak terlalu ringan, tak terlalu berat, sedang2 ajerk....tak muak rasanya bila dimakan. Memang terasa macam makan kek yang dijual kat kedai kek....
Terima kasih banyak2 pada tuan resepi Zethy305f@MyResepi.com yang sudi berkongsi resepi kek coklat span yang mabeles ni....memang terbaikkk
Kek Span Coklat Ayat Sendiri
Resepi : Zethy305f@MyResepi.com
Bahan :
( 1 biji kek 1/2 kg kot )
Bahan A
4 biji telur (elok gred B, klu saiz kecik lebihkan sebiji )
120 g gula kastor - Mas ayak dulu gula kastor tu
1 camca besar ovallate
1 camca besar mayonis original yg putih
Bahan B :
80 g tepung gandum
20 g serbuk koko
20 g tepung jagung
1 camca teh baking powder
Bahan C :
65g butter cair - sejukkan dulu ( sy ganti dgn minyak masak je )
Cara :
Panaskan dulu oven dengan suhu 170c.
Satukan semua bahan B dan AYAK 5 KALI untuk mendapatkan kek yang ringan dan gebu. Ketepikan
Satukan semua Bahan A dalam 1 mangkuk dan putar dengan mixer sampai jadi putih gebu dlm masa 15 minit. Guna kelajuan paling maksimum yerk, kalau tidak, x jadi putih gebu.
Kemudian masukkan Bahan B yang telah diayak 5 KALI tadi dan putar lagi sampai sebati selama 3 minit.
Kemudian masukkan Bahan C dan putar lagi selama 3 minit. Adunan siap.
Sapukan loyang dengan minyak dan Mas letakkan kertas minyak tengahnya dan tabur tepung gandum keliling loyang yg disapu minyak tadi dan barulah tuang adunan kek. Saya guna loyang bulat 9 inci, jadi terpaksa buat 2 adunan utk dptkan 2 layer tu. Sbb nipis utk dibelah 2.
Mas guna loyang kecil, jadi boleh belah 2 kek tu sbb kek jadi tebal.
Bakar kek selama 45 minit dengan api atas bawah.
Lepas siap masak, terus keluarkan kek dari oven n hentak 2,3 kli perlahan2 n telengkupkan @ terbalikkan atas redai dlm 10 minit (ala2 buat mcm kek chiffon).
Mas tak hentak pun sebab dah letak kertas minyak kat tengah loyang, hanya sisipkan keliling kek tu jerk lepas 10 minit telangkupkan kek tu.
Lepas tu barulah lalukan hujung pisau di sekeliling kek utk longgarkan kek dari acuan n then terbalikkan semula..masa ni pepandai la korang buat nk bg kek tu keluar dr loyang tu.senang je dia loose sendiri lps lalukan hujung pisau tu
Utk cream kat atas tu sy bantai guna sebuku buttercup,100g gula yg diblend halus..putar semuanya sampai gebu.lepas tu tambah 100g coklat masakan yang dicairkan(nk ganti serbuk koko pun xpe dlm 2 camca besar)..putar lg smpai sebati-sy rasa ada lg resepi buttercream lain yg lebih baik.ni b.cream emergency pakai yg mana ada kat dapur je.hehehehe
Coklat yang kerinting2 kat atas tu cara nak buat nye senang je..amik coklat bar(belasah je coklat masakan)..then parut.bkn pemarut lubang halus2 yang parut nenas utk buat jem nenas tu tau..parut yg org guna utk buang kulit kentang,kulit timun batang..ha..parut je cam nk buang kulit kentang tu ha..nnti dia otomatik kerinting sendiri.
**mtk maap guna ayat sendiri,sy xtau kat mana dh sy amik resepi ni terpaksa bina ayat sndiri.klu xpaham, tanya lah yek..msti ada yg pelik guna mayonis dlm kek ni kan..sy pun xbrp pasti ape fungsinye..ikut je resepi.sy penah buat xbuh mayonis,kek span tu jd kering mcm roti coklat..bila guna resepi yg ada mayonis ni,kek tu mcm lembab ckit..penah dgr kek buh cuka atau jus lemon tak?ha..fungsi dia mcm tu la kot.hehe..pepandai aku je buat conclusion
Untuk Topping kek, Mas guna resepi kat blog Anna Qawina. Sila abaikan deko yang agak serabut tu...kelam kabut buat sebab Adam dah bangun...he3
Resepi Krim Keju II
Krim keju jenis ini memang sedap dan dapat dalam kuantiti yang banyak, namun tidak sesuai digunakan jika hendak digunakan di tempat panas dan perlu sentiasa dalam keadaan sejuk, jika tidak krim akan mudah lembik dan jika terlalu lama diluar akan mudah 'basi'-betul ke istilah basi tu? hehe
Sumber : MakLang Azie & Anna Alisya
Bahan Cream Cheese Topping II :
500 g w/cream - pukul sampai jadi soft peak
250 g CreamCheese
60g gula icing
110 g butter
lemon emulco @ lemon paste (gunakan beberapa titik shj)
Cara2 :
Pukul CreamCheese + butter + gula icing + lemon emulco. Masukkan w/cream yg dah gebu td sebatikan.
Resepi II ni Ana dapat daripada blog Anna Alisya, tokey kek yang cemerlang bagi saya kerana beliau bekerja dan sempat pula buat kek..hehe..resepi ni Anna Alisya dapat setelah pergi kelas RVC Mak Lang Azie. Jasamu ku kenang sampai bila2 Ana..terima kasih banyak2..
Tempahan dibuka untuk sekitar Shah Alam dan kaw2 sewaktu dengannya....boleh email Mas di Mashitah80@gmail.com atau pm jerk kat FB....
0 comments: