Assalamualaikum.
Meh layan Kek Puding Karamel yang sangat best nie....gabungan puding n kek memang sangat serasi...bila dah makan sekali...mesti nak lagi ....dan lagi ....dan lagi..
Juga menjadi salah satu order yang hot sekarang nie..
Selamat mencuba buat yang berminat...klu rasa nak order jerk ngan Mas...juga dialu2kan...
Resepi Mas copy dari tauke kek Anna Qawina, siap ada tunjuk cara2 membuatnya lagi kat blog Anna....
TQ Anna...... aku kongsikan resepi Kek Puding Karamel disini pulak yerk....
Kek Puding Karamel
Sumber : Anna Qawina
Bahan :
Loyang 22cm/25cm
(A)-Gula Hangus
2 sudu besar gula (utk gula hangus)
* tabur gula dlm loyang n masak atas api perlahan..biar gula hancur dan warna tukar jadi perang)
Ketepikan dulu (gula tersebut akan mengeras & berbunyi macam kaca pecah gitu)
(B) - Bahagian Atas
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur
2 biji telur (putih & kuning)
(C) - Lapisan Kek
140 gm tepung gandum *Ayak bersama baking powder
70 gm gula kastor
3 bj kuning telur
135 ml air biasa
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak masak
2 sudu besar susu pekat manis (Ana tambah)
D) Merinque
6 bj putih telur
70 gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar
Cara :
- Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan.
- Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nanti tak jadi pudingnya..
- Tapis bahan (B) td dlm loyang gula hangus (A) tadi..ketepikan.
- Pukul bahan (C) *Campurkan semua sekali & pukul guna senduk je..ketepikan
- Pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang & bila kita angkat ia tak jatuh...(meringue)
- Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..jangan terlebih kacau, agak-agak bercampur sebati je.
- Bahagikan kepada beberapa bahagian & letak pewarna n paste kalau suka..
- Masukkan ke dlm loyang yg ada gula hangus & keremel tadi (A + B)..selang seli warna, letak ditengah2 loyang, adunan kek akan terapung.
- Bakar cara double boiling / waterbath
- (Loyang kek berada di dalam loyang berisi air panas) - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak.
- *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160'C / 170'C sahaja, (bergantung kpd oven masing-masing juga ya)
TIPS:
Jika tak pasti puding dah masak ke belum boleh tambah lagi masa membakar lebih kurang 10 minit,
Bila masak angkat & rehatkan sekurang2nya 25 minit / setengah jam baru terbalikkan kek yg dibakar tadi...masa ni dah agak sejuk jadi senang nak keluarkan kek.
Masukkan dlm peti sejuk 1 jam n lepas tu mkn sejuk2. Lebih sedap selepas semalaman.
Sedap dimakan sejuk.
Selamat Mencuba..!!
0 comments: