Sandwich ini amat mudah dan ringkas sekali. Teramat sesuai untuk anak-anak yang tidak menyukai sayur. Kak Noor guna butter untuk menggoreng telur dan disapu atas roti. Keju yang digunakan ialah keju jenama mother choice yang ada 12 keping dalam 1 pack tu.... Bagi yang gemar makan sayur, bolehlah diletakkan sayur seperti yang dicadangkan.
Kak Noor tak sempat nak ambil gambar cara-cara memasak telur hancur ini kerana mengejar waktu pada waktu pagi. Buat ala kadar saja untuk anak-anak bersarapan pagi dan bekalan ke sekolah.
1 bungkus roti sandwich gardenia
4 biji telur - telur dibersihkan
1 biji bawang besar dicincang
Beberapa keping cendawan tiram - dikoyakkan kecil
1/2 sudu kecil lada putih
1/2 sudu kecil lada hitam
Sedikit garam
4 sudu besar mayonis
12 keping keju
Butter secukupnya (untuk menggoreng telur dan menyapu roti)
Bahan-bahan lain (bagi penggemar sayur):
Lobak merah yang disagat
Daun salad - dihiris
Timun dibuang biji dan disagat
Tomato dibuang biji dan dihiris nipis
Cara-cara memasak telur hancur:
- Di dalam bekas, satukan telur, bawang besar cincang, cendawan, lada putih, lada hitam, garam dan 2 sudu besar air. Pukul telur sehingga kembang dan sebati dengan bahan-bahan yang lain.
- Panaskan kuali atau frying pan. Letakkan butter secukupnya untuk menggoreng telur. Masukkan telur dan goreng hancur hingga masak. Gunakan garpu semasa mengacau/menggoreng telur.
- Padam api. Semasa telur masih panas di dalam kuali, masukkan mayonis. Kacau rata. Telur akan menjadi sedikit basah selepas digaul dengan mayonis. Ketepikan.
Penyediaan sandwich:
- Sapukan butter pada setiap keping rotii
- Selepas itu letakkan sekeping keju di atas roti tadi, diikuti dengan telur hancur. Bagi penggemar sayur, bolehlah diletakkan sayur sekali.
- Lapiskan dengan roti yang lain.
- Potong serong dan sedia untuk dimakan.
- Sekiranya sandwich tidak diletakkan sayur, bolehlah dipelbagaikan sajiannya dengan membakar di dalam sandwich toaster jika suka.
0 comments: