Tuesday, April 2, 2013

CUCUR JAGUNG MANIS


Bahan-bahannya:
*5 cawan tepung gandum
1 tin jagung berkrim
1 biji telur
*1 sudu teh soda bikarbonat
5 sudu besar gula pasir
210 ml susu segar atau susu sejat
1 sudu kecil garam
Air suam secukupnya untuk membancuh adunan
Minyak untuk menggoreng

(*tepung gandum dan soda bikarbonat diayak bersama)



Cara-cara membuatnya:
Satukan bahan-bahan di atas dan digaul rata.  Masukkan air suam sedikit demi sedikit sehingga adunan betul-betul sebati.  Perapkan selama lebih kurang 1/2 jam.  Selepas 1/2 jam,  gaul kembali adunan tersebut.  Kemudian bolehlah dijemput adunan tersebut dan digoreng sehingga kekuningan atau sedikit garing, bergantung kepada citarasa masing-masing.

CUCUR JAGUNG MANIS Rating: 4.5 Diposkan Oleh: jagostu

0 comments:

Post a Comment