Tuesday, April 16, 2013

Kuih Sagu @ Bronok




Assalamualaikum.
Kuih yang tak jemu2 dinikmati sepanjang zaman..memang dari kecik Mas suka kuih sagu ni....banyak nostalgia tentang kuih ni...sekarang anak2 Mas pun ikut sama...jadi kalau buat...memang tak pikir banyak kali sebab ada yang nak join makan sekali....
Untuk dapatkan sagu yang cantik jernih, Mas akan kukus lepas masak sagu tu...alhamdulillah...memang menjadi elok dengan cara ni..jadi Mas sharekan lagi resepinya yerk...


Kuih Sagu @ Bronok 
Resepi : MasDuniaku


Bahan :
1 cawan sagu biji kecil
2 cawan air
3/4 gula pasir - kalau nak manis lagi boleh tambah
sedikit pati sirap
1 helai daun pandan - untuk mewangikan kuih tu


Untuk salut
kelapa parut - agak 2 
sedikit garam - digaul sebati dengan kelapa parut


Cara membuatnya :
Rendam sagu hingga kembang.
Panaskan air, masukkan pati sirap, daun pandan dan gula, biar mendidih .
Toskan sagu tu dan masukkan sagu kedalam air yang mendidih tu, kacau hingga sagu menjadi agak 2 pekat dengan api sederhana, kalau masih ada biji 2 putih, tak pe, biarkan. 
Tuang sagu kedalam loyang atau acuan kecik yang telah disapu dengan sedikit minyak, kukus selama 20 minit dengan api sederhana atau sehingga biji 2 putih sagu tu hilang.
Apabila sejuk, keluarkan dari acuan, kalau dari loyang potong ikut saiz yang dikehendaki dan salutkan dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.
Jeng..jeng..boleh dimakan





Order2 yang lalu  ... TQVM



Snow Cheese Cake




Rainbow Cake




Red Velved Cupcake




Kek Puding Karamel




Untuk yang berminat, sila cont Mas 0134242505



Kuih Sagu @ Bronok Rating: 4.5 Diposkan Oleh: jagostu

0 comments:

Post a Comment