Sorry for another durian menu... I made this out of the leftover Bubur Kacang Durian the other day from here. Just pour into the mold & freeze it. Ready as soon as it get frozen... nyummy!
Ini entri terakhir dari Along untuk tahun 2012. Sorry lah tak habis2 dgn entri durian - Along buat aiskrim ni dari lebihan Bubur Kacang Durian dari sini. Amat mudah nak buat nya... tuang ke dalam acuan & bekukan. Bila dah keras, boleh lah di makan.
Alhamdulillah, berlalu nya setahun lagi... terima-kasih buat semua atas sokongan anda ke atas blog yg seada nya ini. Selamat Tahun Baru 2013 buat semua! Semuga tahun yg akan datang ini dapat di tempuhi dengan kekuatan, kesihatan dan kejayaan.
Kemungkinan Along akan slow-down sedikit pada 2013 ini untuk tumpukan lebih perhatian kepada Liana yg akan memasuki Level 1 Tadika. Along nak luangkan masa bersama2 dgn Liana buat homework dan belajar. Dulu dgn abang2 Liana pun sama, sekolah ni memang banyak homework setiap hari termasuk buku bacaan harian. Along amat pentingkan tahap ini walaupun hanya tahun permulaan kerana ini adalah asas dan juga motivasi penting untuk berjaya di masa hadapan. Semuga Liana akan enjoy belajar bersama mama!
Ice-cream mould |
0 comments: