Roti Boom for the two boys |
Flat & fluffy disk for mummy & daddy |
Kat rumah ni selalu buat roti canai sebab semua nya suka & tak jemu. Buat sendiri lebih sedap dari roti beku segera atau yg di jual di gerai sebab lebih tebal, gebu & sedap. Along buat roti canai dari umur Along belasan tahun dan ini resepi tradisi keluarga kami. Roti nya kurang berminyak dan berlapis2 lembut. Nak buat roti canai yg lembut dan sedap perlukan praktis.
Along buat berbagai bentuk mengikut kehendak anak2 - Liana suka roti empat persegi yg nipis & rangup, abang2 nya pula suka roti Boom yg tebal & lembut di dalam, mama & abah pula suka roti canai bulat biasa yg rangup & gebu di dalam. Semua bentuk ni ada Along tunjukkan dahulu di sini pada 2008 dahulu, lama dah... kali ni saja Along tayang semula & siarkan resepi dalam BM pula.
Square & crispy for Liana |
By: AlongRoz@HomeKreation
Bilangan: 18 keping
BAHAN2:
1 kg Tepung Gandum
600ml Air
1 bj Telur kecil
3 st Gula
1½ st Garam
3 sudu Majerin
Minyak - secukup nya
CARA2:
1. Adunkan kesemua bahan2, kecuali majerin & minyak, sehingga terbentuk doh.
Masukkan majerin & uli sehingga lembut & kenyal.
2. Bahagikan adunan kepada 18 ketul bebola. Rihatkan sekurang2 nya 10 minit.
3. Ambil seketul doh, lumur minyak secukup nya, leperkan & tibar sehingga nipis.
Gulung & bulatkan seperti gambar di bawah atau lipatkan seperti di kehendakki.
Barisan pertama ialah gulungan Roti Boom, barisan kedua ialah Roti Canai biasa |
4. Gelekkan nipis & bakar atas kuali leper.
Sapukan majerin/minyak supaya garing.
Balik2an selalu supaya masak sekata.
5. Angkat & tepukkan dgn kedua tangan supaya roti gebu.
6. Hidangkan dgn kari atau lauk kegemaran anda.
Roti Canai |
Roti Boom |
Roti Lipat |
0 comments: