Sumber: Hidangan Terbaik Dunia Thai oleh Chef Nazira Noran
Bahan-bahannya:
1/4 biji betik muda (diparut halus)
2 biji bawang merah (dihiris halus)
2 sudu makan udang kering (ditumbuk)
2 sudu makan kacang gajus (ditumbuk)
8 biji cili api (dipotong nipis)
4 batang kacang panjang (dipotong panjang)
3 tangkai daun bawang (dipotong panjang)
3 tangkai kangkung (dipotong panjang)
4 biji limau nipis (diambil jus)
2 sudu makan sos ikan
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Cara-cara membuatnya:
- Satukan betik, udang kering, bawang merah, cili api, sos ikan, garam, dan gula secukup rasa.
- Perahkan jus limau dan gaulkan sehingga sebati.
- Kemudian tabur kacang gajus di atasnya sebelum menghidang bersama ulam kacang panjang, kangkung, dan daun bawang.
- Simpan di dalam peti sejuk dan enak juga dimakan semasa sejuk.
Tips:
- Masyarakat Thailand biasanya menjadikan somtam ataupun kerabu betik ini sebagai pencuci mulut tetapi boleh juga dijadikan ulam bersama nasi putih.
0 comments: