Resepi ini diberikan percuma oleh Chef Mohd Hairul Hissam sempena pelancaran produk Rahsia Taufufah. Untuk mendapatkan resepi Ebook Kek Batik Ekspres secara percuma, sila layari laman web www.rahsiataufufah.com Di laman tersebut anda akan menemui ruangan Percuma E-book Kek Batik Ekspres. Apa yang perlu anda lakukan ialah nyatakan nama panggilan dan alamat emel anda dan hantar. Dalam beberapa minit sahaja, anda akan menerima resepi percuma kek batik ekspres di kotak emel anda.
Walaupun sebelum ini telah ada N3 mengenai resepi kek batik ini, tetapi bila tengok resepi Chef Mohd Hairul Hissam memang teruja sangat untuk cuba membuatnya. Ternyata setelah membuatnya, kek batik ini sememangnya enak. Semasa mengacau adunan di atas dapur tadi, baunya wangi telah menarik perhatian anak Kak Noor yang sedang menonton TV di ruang tamu. Tak sabar menunggu kek batik ini keras, awal-awal lagi sebelum dimasukkan ke dalam tupperware, sempat diambilnya sedikit untuk dimakan.
Bahan-bahannya:
50 gm milo
50 gm nestum
50 gm koko
100 gm mentega
100 gm gula pasir
2 biji telur
210 gm susu segar
210 gm biskut marie - Kak Noor guna biskut marie coklat
1 sudu besar esen vanilla
(Boleh juga ditambah perisa oren)
Hiasan - chocolate rice/colour ball - Kak Noor ganti dengan chocolate chips
Langkah-langkah Membuat Kek Batik Ekspres:
1. Timbang dan sediakan bahan-bahan yang diperlukan.
2. Timbang biskut Marie yang diperlukan dan patahkan kepada empat atau saiz yang lebih kecil.
3. Letakkan periuk di atas dapur dan hidupkan api dengan api yang sederhana. Masukkan ke dalam kuali 210 gm susu segar, 100 gm gula pasir, 50gm milo, 50 gm nestum, 50 gm koko, dan 1 sudu besar esen vanilla. Kacau sehingga sebati dan sehingga gula cair.
4. Masukkan 100 gm mentega dan kacau sehingga mentega cair.
5. Masukkan 2 biji telur dan kacau sehingga sebati. Apabila hampir pekat, matikan api. Jangan terlalu pekat, nanti susah pula hendak dikacau dengan biskut marie.
5. Ambil sedikit coklat dan masukkan ke dalam bekas kecil. Tujuan untuk topping pada kek batik nanti.
6. Masukkan 210 gm biskut marie dan kacau sehingga sebati. Kacau dan gaul perlahan-lahan dan jangan pecahkan biskutnya.
7. Setelah siap gaul, masukkan ke dalam acuan atau tupperware kecil. Kemudian tekan menggunakan sudu sehingga ia mampat.
8. Tuangkan coklat yang kita simpan sedikit tadi ke atas kek batik dan ratakan. Kemudian tabur coklat rice atau colour ball di atas kek batik.
9. Simpan di dalam peti ais dalam 4 - 5 jam. Kemudian barulah boleh dihidang dan potong menggunakan pisau. Berhati-hati ketika mengeluarkan kek batik daripada acuan.
0 comments: