Assalamualaikum.
Antara menu peberet yang Mas selalu buat...kadang2 tu campak jerk apa yg ada...janji siap Kuetiaw Kungfu yang diidam2kan..he3
Untuk yang teringin menerainya...Mas sharekan lagi resepinya...
Kuetiaw kung fu
Resepi : hanis@myResepi
Bahan ( 1 org ) :
kuetiaw - Mas agak2 masa letak dlm telur
2 biji telur - Mas guna 1 biji telur gred A
lada hitam @ lada putih - Mas guna lada putih aji shiok
mix seafood
lobak
1 1/2 sudu besar tepung jagung - bancuh dgn sedikit air
1 cawan @ lebih jika nak kuah lebih - Mas guna stok ayam
sayur2 lain - optial
1 ulas bawang putih - diketuk
2 biji cili padi @ lebih klu nak pedas - diketuk
sos tiram - Mas letak 1 sudu
sedikit kuib ayam - Mas tambah
Cara memasak :
Pukul telur bersama garam dan sedikit lada hitam @ putih di dalam gelas @ mangkuk.
Masukkan kuetiaw hingga 3/4 gelas. Mas agak2 jerk kuetiaw tu dan sebatikan.
Kemudian tuang dalam kuali yang dah diletakkan sedikit minyak ( minyak tu agak2 mcm nak goreng telur dadar ).
Ratakan kuetiaw supaya menjadi sedikit nipis dan balikkan supaya kedua-dua belah masak dan masukkan dalam pinggan.
Untuk Kuah :
Tumis bawang putih hingga sedikit perang, kemudian masukkan seafood mix.
Masukkan air @ stok ayam dan biarkan mendidih.
Masukkan sedikit serbuk lada hitam @ serbuk lada putih , cili padi, sedikit sos tiram, lobak dan sayur-sayuran dan juga kiub ayam. Sebatikan.
Tuangkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air dalam kuali.
Biarkan kuah sedikit pekat kemudian tuangkan ke dalam pinggan berisi kuetiaw tadi.
Order2 yg lalu...
Red Velved Cake
Snow Cheese Cake
Kek Puding Karamel
Cream Puff
Untuk yang berminat, boleh cont Mas 0134242505
0 comments: