Sunday, October 2, 2011

Ikan Tongkol Tumis Tomyam



Assalamualaikum. Mas pun macam akak sorang tu juga, suka sangat ikan tongkol, jadi kalau nak mencari resepi2 berasaskan ikan tongkol..mesti selongkar dapur akak yang cantik jelita lagi ayu tu, yang dok kat tganu tu iaitu Kak Nor, hmm..jumpa lagi resepi yang sedappp lagi mabeles ni...simple dan sangat enak....sangat serasi rasanya ngan ikan tongkol....kalau ada yang tak makan ikan tongkol, guna ikan kembung pun sodapp gak..rasanya yang masam, manis dan pedas tu memang mabeles....hmm..tengok Ain ngan Daniel pun suka...ligat lak bebudak tu mencedok kuah, he3...kata Kak Nor, resepi asal dari Kak MaDiHaA a.k.a Ratna....maceh pada akak berdua...memang membangkitkan selera sesekali makan lauk gini.....

Ikan Tongkol Tumis Tomyam
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna
sumber; K.Nor@SecubitGaram
Bahan :
  • 6 keping ikan tongkol - gaul garam, goreng & ketepikan
  • 1 biji tomato - dibelah 6
  • 2 pokok daun bawang - potong 1 inci
  • 1 inci halia - hiris halus memanjang
  • 4 ulas bawang putih - dimayang
  • 5 ulas bawang merah - dimayang
  • 1 biji bawang besar - dimayang
  • 7 biji cili padi - diketuk
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 batang serai - diketuk
  • 3 cawan air atau lebih
  • 1 sudu besar asam jawa + air ambil jus
  • 2 sudu besar pes tomyam + sikit air panas dibancuh
  • garam, aji dan gula secukupnya - Mas ganti aji ngan kiub ikan bilis
  • minyak masak
Cara penyediaan :
  1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bahan2 yang dihiris & halia hingga layu & wangi. Masukkan air, air asam jawa, pes tomyam, serai, daun limau & cili padi. 
  2. Bila mendidih masukkan ikan, daun bawang & tomato. Sesuaikan rasa dengan menambah garam, gula & perasa. Padamkan api & bolehlah dihidang.



Ikan Tongkol Tumis Tomyam Rating: 4.5 Diposkan Oleh: jagostu

0 comments:

Post a Comment