Friday, October 7, 2011

Karipap TUN ( inti Keledek )



Assalamualaikum. Semalam memang bercadang nak buat karipap.....jadi bila tanyakan kekawan kat fb resepi karipap yang sedapp...Izahdaut cadangkan resepi doh karipap dari Tun Telani dan resepi inti karipap pulak dari Ros Jintanmanis menggunakan keledek..hmm....gabungan yang baik...hasilnya mendapat karipap yang rangup dan intinya yang sedap, manis keledek dan rasa ikan bilis dan udang kering tu buatkan karipap ni jadi sedapp sangat....maceh pada Izahdaut yang berkongsi resepi karipap ni dengan Mas....untuk 1 adunan, memang dapat banyak buat family kecik macam Mas, jadi Mas frozenkan lebihan karipap tu dengan cara menggorengkan sedikit karipap tu, biarkan sejuk, masukkan dalam bekas bertutup dan simpan dalam freeze....jadi bila2 masa nak makan, hanya tinggal goreng jerk..senang kan....Selamat mencuba yerk.....

Doh Karipap
Resepi : Tun Telani 
Sumber : Izahdaut
Bahan :
  • 4 cawan tepung
  • 2 tbs margerin
  • 1/2 cawan oil
  • 3/4 cawan air
  • 1/2 tsp garam
Cara membuatnya :
  1. Panaskan margerin + minyak dalam periuk. Tutup api.
  2. Tengah panas2 tu, masukkan tepung dalam periuk tadi dan gaul guna garpu ( jangan guna tangan, melecur nnti ).
  3. Dah sejuk siket, campur garam dan air.
  4. Uli-uli.. siap! Buleh wat karipap ikot suka inti apa..

Inti Keledek
Sumber : Izahdaut
Bahan :
  • 1 biji keledek bersize besar
  • 1/2 genggam ikan bilis - boleh tukar pada ayam atau daging
  • 2-3 sudu besar udang kering
  • 4 sudu besar serbuk kari
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • garam 
  • 1 mangkuk air 
  • 1/2 biji bwg besar - Izah tambah, Mas pun
  • 2-3 ulas bawang putih -  Izah tambah, Mas pun
Cara memasak :
  1. Keledek dipotong dadu. Rendam seketika. 
  2. Kisar ikan bilis bersama udang kering dan bawang dan kemudian tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan cili dan serbuk kari. Tumis hingga garing.
  3. Kemudian masukkan keledek dan air. Masak hingga keledek lembut dan kering.
  4. Boleh dijadikan inti.



Karipap TUN ( inti Keledek ) Rating: 4.5 Diposkan Oleh: jagostu

0 comments:

Post a Comment