Assalamualaikum.
Hmmmm...tempoyak...pantang tengok tempoyak...maunya meleleh jerk air liur ni.....kikikikikiki....
ni gara2 Izahdaut tayang semalam....jadi terliur lak..lagi pun stok tempoyak memang ada tu...masih baru lagi....mertua kasi masa balik kampung baru2 ni.....lagi pun semalam memang masak simple2 jerk...ingat nak buat sambal belacan, tapi bila ternampak Izahdaut tayang Ikan Bilis Goreng Cili Padi Tempoyak, aduhhhh...dah terbayang kesedapannya walaupun belum rasa lagi...kena sangat tu dimakan ngan ikan goreng dan bayam tumis air....bebudak tu dapat ayam masak kicap...memang tak jeling dah ikan goreng yang dok 2 ekor berduet dalam pinggan tu...he3...
Alhamdulillah.....memang dah jangka...sedapppp sangat...maceh pada tuan resepi akak yang awet muda sentiasa cun tu ( ayat nak memang GA, sah2 Izahdaut berbulu baca ni...muahahaha ) Kak Anim. Tapi Mas tak letak cili padi sebanyak yg akak cadangkan tu....berasap telingo den...kikikikiki
Ikan Bilis Goreng Cili Padi Tempoyak
Resepi : Kak Anim
Bahan :
2 genggam ikan bilis-goreng garing dan ketepikan
25 ulas cili padi*
1 labu kecil bawang besar*
1 ulas bawang putih*
bahan2 bertanda * di kisar kasar
1 1/2 senduk makan tempoyak
minyak untuk menggoreng
Cara memasak :
Kurangkan lebihan minyak goreng ikan bilis tadi menjadi lebih kurang 1 mangkuk kecil
Tumiskan bahan2 kisar sebentar dan masukkan tempoyak.
Gaul sebati dan masukkan ikan bilis goreng
Sedia untuk di hidangkan dan jika suka bolehlah di perah sedikit limau kasturi..
*nota izah: izah sengetkan kuali selepas memasaknya, tutup api, biarkan minyak turun. Biarkan 5 minit. Kemudian cedukkan minyak keluar.
* Mas pun macam Izah, kurangkan cili padinya. Karang berdesing telinga kepedasan.
0 comments: