Wednesday, February 29, 2012

Nasi Tomato Kukus



Assalamualaikum.
Bersiaran di hari pertama bulan Mac dengan entry Nasi Tomato Kukus. Hari tu nampak Kak Quinnie tayang Nasi Tomato Kukus, terus teringin nak mencubanya.....kebetulan Mas baru jerk beli beras basmathi, jadi elokkk sesangat la kan..he3....satu percubaan yang tak menghampakan...suka sangat ngan nasi tomato versi kukus ni..nasinya lembuttt dan cantikk...tak melekat2.....dan Mas buat Ayam Masak Merah jerk untuk digadingkan ngan nasi tomato ni....maceh pada tuan resepi Kak Lina pg@myResepi.com. Kalau nak ke blog Kak Lina, boleh klik DISINI. Tapi resepi nasi tomato kukus tak de lak kat blog kak lina ni..puas gak Mas selongkar...he3...jadi sila rujuk dimyresepi yerk....

Nasi Tomato Kukus
Sumber : Kak Quinnie 

Bahan ( 5-6 org mkn ) :
4 cawan beras basmati
4 cawan air
1 cawan susu cair
1 kiub ayam - saya guna kiub ayam maggie

Bahan2 Tumis :
1 labu bawang besar - dikisar
2 biji buah tomato - dikisar
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
3 helai daun pandan - disimpul
5-6 sudu makan butter - untuk menumis
4 sudu makan tomato puri

Bahan Hiasan :
Daun sup 
Kismis 
Gajus

Cara memasak :
Beras dibersihkan, Rendam 15 - 20 minit. Kemudian toskan
Masukkan mentega, tumis bahan2 tumis ( kecuali tomato puri ) hingga wangi (Jangan terlalu garing nanti rasa pahit)
Masukkan tomato puri, Kacau sebentar. Kemudian masukkan beras, kacau sebati.(Jgn kacau kuat sangat nanti beras patah,tak cantik)
Kemudian masukkan air, susu cair dan kiub ayam. Kacau sekali sekali supaya nasi tak hangit kat dasar periuk.Tuggu hingga nasi kering.
Setelah nasi kering, pindahkan nasi tadi ke dalam kukusan (yang dipanaskan terlebih dahulu). Kukus selama 20 - 25 minit atau sehingga nasi betul-betul masak.
Setelah nasi masak, gemburkan nasi menggunakan garfu supaya nasi tidak patah.
Taburlah bahan hiasan ketika menghidang.


Nasi Tomato Kukus Rating: 4.5 Diposkan Oleh: jagostu

0 comments:

Post a Comment