Monday, March 5, 2012

Roti Goreng Puree Keledek



Assalamualaikum.
Masa tengok Izahdaut tayang Roti Goreng Puree Keledek ni, memang Mas teringin sangat nak buat masa tu dengan tukarkan dengan kentang, tapiiii..rasa macam tak best lak guna kentang, nak juga juga keledek macam resepi asal...jadi Mas buat setelah ada keledek...hhmm..memang sangat best Roti Goreng Puree Keledek ni....lembutttt jerkkkkk....dan tak berminyakkk tau.....Mas buat 2 jenis inti roti ni, kaya dan sambal ikan bilis...untuk anak2, memang dia orang suka inti kaya, tapi pada tekak Mas, inti sambal ikan bilis sangat sedappp...rasa macam tak puas pulak makan hari tu...memang nak buat lagi...untuk 1 adunan, Mas dapat dalam 12 biji...jadi untuk keluarga besar tu, boleh gandakan adunan tu yerk...Kak Sheila pun dah mencubanya....maceh jahh atas resepi roti goreng ni..memang terbaikkkk....

Roti Goreng Puree Keledek
Resepi : Izahdaut 
Yang dah mencuba : .Kak Sheila

Bahan :
200 gm tepung roti @ gandum - Mas guna tepung gandum
1 3/4 sk yis mauripan
3 sb gula 
1/4 sk garam halus
2/3 sk baking powder
2 sb mentega @ marjerin
1 biji telur
1/4 cwn puree keledek
8 - 10 sb air *bergantung semasa menguli - Mas letak 2 sudu besar jerk..



Caranya: Uli tangan
Satukan tepung, yis, gula, baking powder dan garam dalam mangkuik besar.
Kacau sebati.
Buat 'perigi' di tengah2 tepung.
Masukkan telur , mentega dan puree.
Gaul dengan tangan perlahan2 sambil masukkan air sesudu demi sesudu.
Bila dapat doh yang elok diuli, uli hingga licin.
Perap doh dlm bekas bertutup sehingga doh naik 2x ganda.
Mas guna BM :
Masukkan semua bhn2, tekan butang start dan biarkan BM menguli hingga selesai...
Kemudian, tumbuk doh untuk kluarkan angin.
 Ambil doh bulat kecil dan intikan dengan inti kesukaan masing2.
Buat sehinga habis dan biarkan roti kembang sedikit dlm 20 minit.
Kemudian baru digoreng menggunakan api kecil supaya masak sehingga kebahagian dlm roti.
Angkat n hidang.

*puree: ialah keledek yang dikisar bersama sedikit air.


Roti Goreng Puree Keledek Rating: 4.5 Diposkan Oleh: jagostu

0 comments:

Post a Comment