Assalamualaikum.
Hmmm... Homemade Frozen Fried Chicken....
Sebenarnya Mas secara tak sengaja terbuat Homemade Frozen Fried Chicken ni disebabkan Mas kalau nak buat ayam goreng, memang suka perapkan dulu lama2 ayam tu, baru digoreng....baru sedapp ayam goreng tu kan.
Al kisah, akhirnya Mas terjumpa satu jenama tepung ayam goreng yang sangat mabeless kat Giant, masa tu Giant tengah promosi sakan tepung ayam goreng jenama Bestari seperti gambar dibawah ni.....
Kalau tak silap Mas tepung Bestari ni ada 4 perisa iaitu pedas, biasa, ala mamak dan tomyam dan semestinya Mas pilih pedas, try kotak kecil dulu dengan harga RM2 lebih untuk 500g kalau tak silap Mas.....yang menariknya salutan tepung ni untuk ayam, tak payah menggunakan telur, selalunya kan kena guna telur, jadi Mas pun try...hmmm...memang tak menghampakan.....rasa ayam goreng yang menggunakann tepung Bestari ni memang betul2 pedas...ala2 ayam goreng kfc tau...jadi Mas pun setia ngan jenama Bestari ni dan disini, Mas sekadar berkongsi ajerk dengan semua tepung ayam goreng jenama Bestari yang best ni.
Untuk dapatkan ayam goreng yang lebih sedap..Mas suka perapkan dulu, kadang2 sampai seekor ayam Mas frozenkan untuk dibuat ayam goreng, Mas bersihkan ayam tu, potong2, salutkan dengan tepung Bestari dan frozenkan. Nak makan tinggal goreng jerk..senangggg kan...
Kak Nor, Izah..dah beli ke belum tepung Bestari nie....he3
Homemade Frozen Fried Chicken
Resepi : MasDuniaku
Bahan :
ayam
tepung Bestari secukupnya
minyak untuk menggoreng
Caranya :
Bersihkan ayam dan potong ikut saiz yang disukai.
Lumurkan ayam tu dengan tepung Bestari ( tepung tu biar melekat kat ayam tu yerk ) dan masukkan dalam bekas bertutup.
Frozenkan ayam yang telah disalut tepung Bestari tu lebih kurang 2 hari @ lebih, lebih lama lebih sedap ayam goreng tu.
Cara menggoreng ayam :
Keluarkan ayam yang difrozen tadi dan biarkan dalam suhu bilik kejap sebab ayam tu keras.
Salutkan lagi ayam yang difrozen tadi seketul2 dengan tepung Bestari , biar tepung melekat @ menutupi seluruh ayam tu....kiranya ayam yang disalut ngan tepung tu kering yerk....
Panaskan minyak dalam periuk, minyak agak2 akan tenggelamkan ayam tu dan masukkan ayam tadi dan goreng selama 20 minit dengan api sederhana, tutup yerk periuk tadi semasa menggoreng ayam dan terbalikkan juga ayam dalam masa tempoh tu untuk mendapatkan ayam yang cantik garing dan seimbang masaknya.
Cukup 20 minit, angkat ayam tadi, toskan dan sedia dimakan.
0 comments: