Monday, April 23, 2012

Lepat Pisang



Assalamualaikum.
Jomm sarapan Lepat Pisang pagi nie. Mas buat petang semalam, boleh buat sarapan sekali untuk pagi nie...masa selongkar Myresepi cari resepi Lepat Pisang, terjumpa pulak resepi Lepat Pisang yang menggunakan tepung beras, terus tertarik nak  mencuba resepi ni....selalunya Mas guna tepung gandum jerk...hmmm....sedappp pulak lepat Lepat Pisang ni bila menggunakan tepung beras...lembutt jerk lepatnya....memang sedappppp....terima kasih pada tuan resepi yongnani....untuk membuat Lepat Pisang ni, Mas mengggunakan pisang masam dan agak2 jerk untuk sukatannya....Alhamdulillah...sedappp Lepat Pisang Mas ni....

Lepat Pisang

Bahan  :

 ( Dapat dalam anggaran 15 biji )

12 biji pisang abu - dilenyek

3/4 - 1 cawan tepung beras

3 sudu besar gula

1/2 biji kelapa parut - putih sahaja

secubit garam

daun pisang - dilayur di atas api dipotong 15cm setiap satu - anggaran shj




Cara membuatnya :
Campurkan tepung beras dan gula bersama pisang yang sudah dilenyek.
 Kacau hingga sebati, ( kalau cair tambah sedikit tepung beras lagi, agak2 macam buat cokodok tapi adunan cair sikit )
Gaulkan garam bersama kelapa parut dan ketepikan.
Kemudian ambil daun pisang dan letakan adunan pisang sebanyak 2 sudu makan atau 1/2 senduk. 
Kemudian letakan kelapa parut di atas adunan tadi.
Lipat daun pisang tu, ala macam yang selalu kita beli tu dan susun dalam loyang pengukus sehingga adunan habis
Panaskan air dalam pengukus dan kukus lepat pisang tadi bersama-sama selama 20-30 minit ( tak perlu tunggu air mendidih)


Lepat Pisang Rating: 4.5 Diposkan Oleh: jagostu

0 comments:

Post a Comment