Assalamualaikum.
Layan lagi Biskut Chocolate Oats Crips yang dah berulang2 kali Mas buat. Sangat sedap dan berkhasiat sebab ada oat dalamnya. Kali ni Mas tambah badam yang dikisar, hasilnya, rasanya lebih sedap dan rangup....resepi datangnya dari Koleksi resipi Oats yang dikongsikan oleh Maklang Azie diblognya dan Mas mencubanya first time bila Izahdaut tayang dulu....Izah pulak ambik resepi dari Kak Zana ...tima kasih pada semua......
Biskut Chocolate Oats Crips
Resepi : Koleksi Resepi2 Oats - Maklang Azie
Bahan :
130g tepung gandum - ayak
30g tepung jagung - ayak
20g serbuk koko - ayak
½ sk serbuk penaik - ayak
¼ sk serbuk kulit kayu manis - ayak * Mas dan Izah tak letak
¼ sk garam
90g Quaker Oat Segera - Mas letak lebih sbb adunan lembik
4 - 5 sudu nestum * Mas dan Izah tambah
200g mentega
120g brown sugar
½ sk esen vanilla
1 cawan badam yg dikisar - Mas tambah
Cara membuatnya :
Masukkan kesemua bahan yang diayak tadi dalam bekas.
Masukkan garam, badam yang dikisar, Quaker Oats segera, choc chips dan gaul rata.
Pukul mentega, gula, vanilla sehingga gebu.
Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit.
Uli hingga kental. Canai doh di atas papan yg ditabur sedikit tepung.
Potong atau terap dan letak atas dulang.
Bakar dengan suhu 160 selama 12-15 minit.
Mas bakar selama 20 minit.
Biskut ni akan keras selepas keluar oven dan sejuk yerk..jadi jangan risau jika biskut ni kelihatan lembut lagi masa panas iaitu keluar dari oven. Untuk dapatkan biskut yang cantik keraknya...lapik dulang dengan kertas minyak yang telah disapu marjerin.
Tempahan dibuka untuk sekitar Shah Alam dan kaw2 sewaktu dengannya....boleh email Mas di Mashitah80@gmail.com atau pm jerk kat FB....
0 comments: