Thursday, July 12, 2012

Red Velvet Cake @ Si Baldu Merah





Assalamualaikum.
Bila tiba2 mood nak buat kek datang, memang tak boleh nak tangguh2...kebetulan Adam tengah tido, apa lagi...terus jerk tunaikan hasrat dihati tu, lagi pun memang dah banyak hari terasa nak buat Red Velvet Cake ni...
Macam biasa, Mas buat 1/2 adunan jerk....untuk 4 mulut kat rumah nie, elok2 jerk saiz kek nie....hmmm ....sedappp dimakan sejuk2 dari freeze....lagi pun topping kek ni cream cheese, jadi akan cair sedikit klu berada lama kat luar...
Untuk resepinya, Mas ambik dari blog Anna Qawina, touke kek yang pemess tu...tapi Mas tak pasti sebetulnya resepi sape sebab banyak rujukan.....jadi izinkan Mas kongsikan disini pulak yerk....


RED VELVET CAKE (Joy of baking)
RUJUKAN :
Inspirasi : Kak Anymz, Kak Zai, Citarasawan dan ramai lagila.. 

Bahan A : - Untuk diayak bersama.
250 gram tepung gandum (resepi asal guna tepung kek)
1 tsp baking powder
1/2 tsp garam
2 tsp cocoa powder

Bahan B : - campur dan kacau sebati.
240 ml buttermilk **
2 tbsp pewarna merah

** Pilihan kedua - sekiranya korang tak jumpa buttermilk di kedai. Usah bimbang. Campurkan 240ml susu segar (susu cair ) dan 1 tsp cuka. Biarkan mereka sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.

Bahan C :
113 gram butter
300 gram gula kastor
2 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla

Bahan D :
1 tsp cuka masakan
1 tsp baking soda




Cara Buat Kek:
1 - Pukul butter sehingga lembut lebih kurang 1 minit.
2 - Masukkan gula dan terus memutar hingga ringan dan gebu (2-3 minit).
3 - Masukkan telur satu per satu dan pukul rata setiap kali dimasukkan.
4 - Masukkan asen vanilla dan putar hingga sebati.
5 - Dalam larutan buttermilk, masukkan pewarna merah dan kacau sebati.
6 - Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang-seli dengan larutan buttermilk dimulai dan diakhiri dengan tepung (masukkan 1/2 tepung dulu, kemudian semua buttermilk dan seterusnya semua tepung yang masih berbaki). 
7 - Dalam satu mangkuk, campurkan cuka dengan baking soda. Campuran akan berbuih atau berbusa. Dengan segera tuang ke dalam adunan kek dan terus kaup balik.
8 - Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C selama 1 jam atau sehingga kek masak. Sekiranya ingin membakar menggunakan 2 loyang yang sama besar, bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak dan bakar pada suhu 175 C selama 20-30 minit menggunakan api atas dan bawah.
9 - Setelah masak, biarkan kek sejuk di dalam loyang selama 10 minit. Kemudian keluarkan kek dan sejukkan sepenuhnya di atas redai.
10 - Seterusnya, balut kek dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam atau sehingga semalaman untuk memudahkan proses menghias kek.




Cream Cheese Frosting.
Sumber : Dapur KakZU @ Kakzu semanis gula

Bahan : 
500 gm creamcheese
240 gm butter anchor
240 gm gule icing

Cara : 
Putar hingge sebati..takyah kembang sangat nnti krim mencair.

FILLING: *jika suka

500gram blueberry filling - ini untuk dilapiskan didalam kek...

Cara mendeko kek :
1 - Ana guna 1 loyang sahaja, lepas kek dah masak dan sejuk sepenuhnya (letak dalam peti ais) kemudian dipotong melintang kepada 3 bahagian.
2 - Letakkan lapisan pertama atas papan kek, paipkan rata2 cream cheese frosting , kemudian paipkan pula blueberry fillin
3 - Lapiskan satu lagi lapisan kek dan buat cara sama spt tadi.
4 - Lapisan terakhir, setelah diletakkan kek, sapu rasa nipis2 cream cheese frosting keseluruhan kek, ini bagi mengelakkan serdak2 kek akan tertarik semasa proses melepa frosting nanti.
5 - Sapu rata frosting menggunakan piping bag lagi senang, kemudian rapikan dengan spatula
6 - Hiaskan ikut suka.




Red Velvet Cake @ Si Baldu Merah Rating: 4.5 Diposkan Oleh: jagostu

0 comments:

Post a Comment