Assalamualaikum.
Sape yang suka cheese kek, harus try resepi ni.....memang sangat sedapppp..tekstur kek yang halus, gebu dan moist memang sangat sedap dan mengasyikkan bila dimakan.
Dah lama nampak kat dapur Izahdaut, baru minggu lepas Mas buat atas permintaan seseorang, dapat juga family Mas kat kampung merasa....Alhamdulillah, memang laku kek nie....walaupun dah 2 hari, teksturnya tetap sama...janji masukkan dalam freeze yerk..sebab kek ni sangat sedapp bila dimasukkan dalam freeze....klu ada yang rasa malas nak buat...boleh jerk order ngan Mas...he3.....TQ pada Izahdaut dan tuan resepi HaSue.... ^_^
Blueberry Slice Cheese Cake
Resepi : HaSue
Sumber : Izahdaut
Bahan2:
300ml susu segar
6 keping keju kraft
3 biji telur gred A
90 g gula halus
110 g tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
110 g mentega @ marjerin
Blueberry filling secukupnya
Cara2:
Panaskan oven pada suhu 180c, gris loyang dgn mentega dan tabur tepung atau alaskan dengan baking paper.
Dengan api perlahan,panaskan susu dalam periuk dan masukkan kepingan keju.
Kacau sehingga cair dan masukkan mentega @ marjerin.
Kacau sehingga mencair dan ketepikan.
Asingkan putih dan kuning telur (kuning telur diletak di dalam bekas yg agak besar untuk 1 adunan)
Pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue (adunan betul2 ringan sehingga bekas diterbalikkan adunan x tumpah).
Pukul kuning telur sehingga berkrim dan tambahkan adunan susu yg dipanaskan tadi..kacau perlahan.
Ayakkan tepung gandum ke dalam adunan dan kaup balik sehingga sebati.
Setelah itu masukkan adunan meringue dan kaup balik lagi sehingga sekata
Masukkan esen vanilla dan sebatikan adunan
Ambil loyang yg sudah digris tadi dan masukkan 2 senduk adunan, picitkan blueberry filling * yang telah dikisar halus (gunakan icing bag atau plastik bersih yg digunting sedikit hujungnya) dengan cara bulatan di sekeliling adunan.
Setelah itu cedukkan lagi 2 sudu dan ulang langkah 9 sehingga adunan habis
Bakar pada suhu 175c menggunakan kaedah bain marie (letakkan loyang adunan di dalam loyang lebih besar yg berisi air panas ketika membakar) selama 50 minit atau sehingga masak(bergantung pada jenis oven).
Tempahan dibuka untuk Blueberry Slice Cheese Cake, sila email @ pm Mas difb jika berminat... :) boleh juga contect Mas, 0134242505
0 comments: