Thursday, February 21, 2013

Brokoli Masak Taucu & order2 yg lepas





Assalamualaikum.
Hari ni layan sayur pulak yerk...Mas suka masak gini kalau terasa nak makan brokoli . Memang sedapppp...layan ngan nasi panas dan ikan goreng jerk dah cukup sedappp....



Brokoli Masak Taucu Sedap
Resepi : Mas Duniaku

Bahan :
brokoli
carrot
1 biji telur
3/4 camca besar taucu
1/2 camca besar sos tiram
Secubit gula
1/4 cawan air
sedikit kiub ikan bilis

Bahan dihiris :
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
2 biji cili padi
sedikit ikan bilis




Cara :
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan hiris hingga harum, masukkan taucu dan sos tiram, kacau rata dan masak sekejap. 
Masukkan brokoli, carrot dan kacau sebati, Tuang air dan biar mendidih. masak sekejap jerk tau..baru brokoli tu tak lembik. Masukkan secubit gula, kiub ikan bilis, kacau dan rasa, jika ok masukkan telur dan kacau sekejap dan boleh matikan api. Sedap dimakan ngan nasi panasss....



Order2 yg lalu...



Pavlova



Rainbow Cake With cream cheese n deko Angry birds



Kek Puding Karamel n Puding Karamel Coklat



Kek Puding Karamel 



Blueberry Cheese Tart



Moist Choc Cake Deko Superman



Apam Polkadot





Brokoli Masak Taucu & order2 yg lepas Rating: 4.5 Diposkan Oleh: jagostu

0 comments:

Post a Comment