Bahan-bahannya:
1 paket campuran soun
1/2 biji lobak merah - dipotong ikut suka
1 biji ubi kentang - dipotong dadu
4 batang sosej digoreng 1/2 masak - dipotong serong
2 sudu besar sos tiram
1 sudu teh lada putih
1 sudu teh lada hitam
1 biji bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - diketuk
1 inci halia - dihiris
1 biji cili merah - dihiris
1 batang daun saderi
Garam/serbuk perasa
Air secukupnya
1 sudu besar minyak untuk menumis
Cara-cara memasak:
- Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang putih, bawang merah, halia, dan cili merah sehingga naik bau dan bawang kekuningan.
- Masukkan air secukupnya, diikuti dengan sos tiram, lada putih, lada hitam, garam, dan perasa. Kacau rata dan masak sehingga kuah mendidih.
- Kemudian masukkan ubi kentang dan lobak merah. Masak sehingga empuk.
- Akhir sekali masukkan potongan sosej, campuran soun, dan daun saderi. Biarkan di atas dapur seketika sehingga mendidih.
- Tutup api. Semasa menghidang sup ini bolehlah ditaburkan bawang goreng.
0 comments: