Thursday, April 25, 2013

Kek Lapis Kukus Cream Cheese Topping Choc Ganache..




Assalamualaikum.
Kek Lapis Kukus Cream Cheese Topping Choc Ganache versi dalam bekas pulak....hmmmm....memang sangat best mencedok ....secedok secedok...habiss juga sebekas..ada yg terliurrrr...sila2 mecubanya...resepinya  Mas kongsikan disini lagi....tapi kalau rasa macam nak beli jerk ngan Mas...sila sila juga contact Mas ...order masih dibuka....


Kek Lapis Kukus Cream Cheese Topping Choc Ganache

Resepi Cream Cheese 

Bahan A :
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
25 ml air
1 sudu besar tepung gandum

Cara :
Pukul cream cheese bersama dngn gula.
Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum.
Biarkan sebentar.
Mas satukan semuanya dan blend hingga sebati.



Kek Coklat Kukus Munira
Resepi : Puan Munira Baharom - KR
Sumber : MasDuniaku

Bahan :
Bahan A :
1 cawan gula pasir - Mas letak 3/4 cawan aje
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair - Mas gune susu segar
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
1 sudu kecil serbuk nescafe - resepi asal xde
1 sudu besar oren sunquits - Mas tambah

Semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut. Matikan api dan rehatkan sekejap bila dah sebati.

Bahan B - di ayak
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder

Bahan C :
4 biji telur - diblender - Mas pukul hingga kembang jerk.



Cara membuatnya:
Satukan bahan B dan bahan C ke dalam bahan A secara berselang seli dan gaul dengan senduk aje.
Bila dah sebati masukkan ke dalam bekas plastik, suku bekas dulu..kukus selama 15 minit.
Kemudian masukkan lapisan cheese tadi, kukus lagi selama 10 minit, kemudian last tuang lagi adunan kek coklat tadi...biarkan ada baki suku bekas sbb kek ni akan naik nnti..dan untuk elakkan kek penuh bekas supaya senang tuang topping choc nnti..
Kukus lagi selama 15 minit atau sehingga masak dan boleh tutup api dan terus tuang topping choc ganache tadi....




Topping Choc Ganache 

Inilah resepi paling saya suka & kerap saya buat memandangkan kosnya agak rendah & hasilnya yg cantik & sedap. 

Sumber : Anna Qawina
Sumber : Kak Jun & Dapur Tanpa Sempadan

Bahan : 
200 grm coklat masakan * Mas dan Ana guna coklat compound
100 ml susu cair @ 150 ml whipp. cream (guna mana2 salah 1)
1sdt butter

Cara-cara : 
Doubler boiler susu@whipping cream bersama coklat masakan.
Dah agak mencair coklat tu tutup api & kacau2 bg larut semua coklat.
Masukkan butter, kacau sebati.
Biarkan seketika baru digunakan. 



Kek Lapis Kukus Cream Cheese Topping Choc Ganache.. Rating: 4.5 Diposkan Oleh: jagostu

0 comments:

Post a Comment