Assalamualaikum.
Antara dessert yang menjadi kegemaran ramai...
Juga antara order yang sering mendapat permintaan ramai..
Lebih senang dimakan bila dibuat dalam saiz comei gini...
Anak2 pun sering ngendeng bila Mas terima order untuk mini pavlova ni..
Alhamdulillah...salah satu tarikan untuk anak2 makan buah sebab dah tersusun atas pavlova tu...tak mo kutip2 yerk..terus makan semua...baru sedappp...menjadi juga untuk Ain sebab anak dara sorang tu agak susah sikit makan buah...bila makan pavlova...boleh pulak dia makan semua buah2 tu....hmm..macam2 anak2 ni..he3
TQVM yerkkk
Mini Pavlova
Resepi : kakwan
Bahan :
200 gm telur putih (4biji)
160 gm gula kastor
1/4 sudu kecil cream of tartar
2 sudu kecil tepung jagung
esen vanila - Mas tambah
200 gm whipping cream
Buah2an segar :
strawbery, bluebery, mangga, kiwi, anggur, epal, physais etc
Cara :
1. Panaskan oven pada suhu 120 C. Mas guna suhu 150 c api atas bawah.
Alaskan loyang dengan baking paper dan Mas tabur tepung jagung atas baking paper supaya senang nak kluarkan pavlova tu nanti.
2. Pukul putih telur dalam mangkuk yang bersih dan kering hingga putih telur berbuih.
Masukkan gula, cream of tartar dan tepung jagung. Putar lagi hingga kental, kembang dan bertanduk. Kemudian Mas tambah esen vanila dan pukul sebati.
3. Masukkan adunan dalam piping bag dan picit ke dalam acuan berlubang. Ratakan menggunakan spatula. Angkat acuan perlahan-lahan. Jika tiada acuan lukis bulatan ke atas baking paper dan picit maringue ke dalamnya.
*saya picit je terus ke atas baking paper mengiku size yg diingini. cuma jarakkan antara pav kerana pav akan mengembang sedikit.
*boleh tengok teknik memaip meringue di blog kak wan di link atas.
4. Bakar menringue selama 1 jam. Mas bakar 1 jam 20 minit dan setelah itu, biarkan dulu meringue sesudah masak selama 30 minit di dalam oven atau hingga sejuk, pintu oven biarkan tertutup. Permukaan meringue akan kelihatan retak dan kekuningan.
Setelah pavlova sejuk, keluarkan pavlova dari baking paper dan masukkan dalam bekas.
5. Letakkan whipping cream di atas meringue dan hiaskan dengan buah2an segar.
Terus simpan dalam fridge untuk elakkan pavlova menjadi cair.
Pavlova yang sudah siap dibakar boleh disimpan dalam bekas kedap udara dan masukkan dalam fridge...kemudian baru boleh letakkan cream dan buah2an.
0 comments: