Bahan-bahannya:
30gm agar-agar strip
1.5 liter air
300 gm cincau - dipotong kiub atau dicincang.
2 cawan gula
1 tin susu cair (400 ml)
Sedikit pewarna sirap ros
Secubit garam
Cara-cara membuatnya:
1. Rendam agar-agar seketika (lebih kurang 10 minit) sehingga ia lembut. Toskan.
2. Masukkan agar-agar di dalam periuk bersama air dan masak sehingga agar-agar betul-betul larut. Kemudian tapiskan.
3. Tuangkan kembali larutan agar-agar di dalam periuk. Masukkan gula dan masak sehingga ia larut.
4. Selepas itu masukkan pewarna sirap ros secukupnya, susu cair dan secubit garam. Kacau rata dan masak sehingga mendidih.
5. Angkat periuk dan ketepikan seketika (lebih kurang 5 minit).
6. Gunakan acuan ikut citarasa anda. Kalau guna acuan yang kecil, boleh letakkan dahulu cincau di dasar acuan, kemudian baru dituang larutan puding tadi. Kalau guna acuan besar, tuangkan larutan puding di dalam acuan, kemudian masukkan perlahan-lahan cincau.
7. Biarkan sehingga hilang kepanasan, baru dimasukkan dalam peti sejuk.
Ini pula menggunakan acuan besar. |
Boleh juga menggunakan acuan kecil. Lebih comel kejadiannya.... |
Inilah hasilnya menggunakan acuan kecil di atas tadi. Kalau tidak mahu dikeluarkan daripada acuan, boleh disudu terus daripada acuan dan masuk ke mulut. |
0 comments: