Bahan-bahannya:
15 - 20 ekor udang saiz sederhana - dibuang kepala dan ekor
1 labu bawang besar - dihiris bulat
1 batang serai dititik
2 sudu gula perang
2 sudu besar sos cili thai (Thai brand)
1 sudu besar pati asam jawa dibancuh dengan sedikit air
4 sudu besar susu segar
Garam dan gula putih secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis
Bahan-bahan dikisar:
3 senduk nasi cili kering kisar
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
2 - 3 helai daun limau purut
1 inci belacan
Penyediaannya:
1. Panaskan minyak secukupnya di dalam periuk. Masukkan bahan-bahan yang dikisar dan kacau rata. Tudung periuk dan masak sehingga cili garing dan terbit minyak (pecah minyak).
2. Buka tudung periuk dan kacau. Masukkan air asam jawa, sos cili thai, gula perang, gula putih, garam dan serai. Kacau rata dan biarkan kuah mereneh seketika di atas dapur.
3. Kemudian masukkan udang, diikuti dengan 4 sudu besar susu segar. Biarkan di atas api sehingga udang masak.
4. Akhir sekali masukkan bawang besar yang dipotong bulat tadi. Kacau dan bolehlah ditutup api.
5. Bolehlah dihiaskan dengan daun bawang dan daun limau purut semasa menghidang.
0 comments: