Assalamualaikum.
Hari minggu gini...best tau kalau makan roti jala cicah ngan kari...boleh repeat makan banyak kali....he3...anak2 pun suka....
Untuk resepi Roti Jala ni, Mas guna resepi dari Lynn@My Resepi. Tengok respon kat My Resepi, ramai dah yg dah menerainya...
Memang terbaik resepi roti jala ni...masih lembut walaupun dah sejuk....kalau makan gitu2 jerk pun sedapp tau...
Roti Jala
Resepi : Lynn@My Resepi.
Bahan :
~ Anggaran 10-15 orang ( 50 keping )
450 g tepung gandum - diayak
1 camt garam
1/2 camt serbuk kunyit - Mas guna pewarna kuning
450 ml susu segar
3 biji telur - di pukul sedikit
450 ml air - sekiranya semasa menyediakan adunan, ianya agak pekat tambahkan sedikit air
Cara :
Ayak tepung, garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk besar.
Buatkan lubang di tengahnya.
Tuangkan susu, telur, separuh daripada air dan setengah mentega cair ke dalamnya.
Gunakan pemutar belon / balloon whisk untuk membancuh.
Masukkan baki air dan mentega hingga adunan tidak bergentel.
Tapis dengan penapis halus.
Untuk lebih mudah masukkan semua bahan dan blender agar lebih halus.
Ketepikan adunan selama 20-30 minit.
Panaskan kuali leper yang tidak melekat atas api sederhana.
Kemudian lenserkan sedikit minyak panas dengan berus lenser atau berus pandan.
Kacau dan isikan 80ml adunan ke dalam acuan roti jala.
Bermula dari bulatan luar, pusingkan acuan kira-kira 6 - 8 cm di atas kuali.
Terus memusing dalam bulatan untuk membentuk juraian roti jala.
Jangan buat pada bahagian yang sama dua kali kerana roti jala akan menjadi tebal.
Biarkan masak tetapi jangan sampai keperangan.
Angkat dan lipat roti dalam bentuk baji atau gulungkan.
Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis di gunakan.
0 comments: