Tuesday, July 30, 2013

Almond London .... so yummyyyy




Assalamualaikum.
Curi masa jap mengupdate resepi Almond London ni...terpikat bila Ayu Citarasa Rinduan post kat fb semalam, memang kebetulan nak buat pun...TQ yerk Ayu promotkan resepi ni...


ALMOND LONDON
Sumber : Rahel & Nizamadey
Sumber :  Ayu Citarasa Rinduan 


Bahan: 
(150 biji)

250g mentega
125g gula halus
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
50g serbuk badam (optional)
200g tepung jagung}
300g tepung gandum}
1 sudu besar tepung beras}
1 sudu teh baking powder}-ayak bersama

200g kacang badam,digoreng tanpa minyak
50g badam cincang untuk hiasan
+/- 700g cokelat compound



Cara;
1.Pukul mentega dan gula sehingga kembang.Masukkan esen vanila dan pukul lagi.
Masukkan serbuk badam.Kacau.
2.Masukkan tepung yang telah diayak tadi,gaul rata.
3.Bentukkan doh bulat-bulat kecil/lonjong dan masukkan kacang di dalamnya.
4.Letakkan di atas dulang pembakar yang telah dilenserkan sedikit mentega.
5.Bakar pada suhu 200'C selama 20 minit.
6.Cairkan coklat dengan kaedah doubel-boiler.Celupkan biskut tadi dan letak dalam
kertas cawan.Taburkan badam cincang di atasnya.Biarkan ia kering.Siap disimpan.



Almond London .... so yummyyyy Rating: 4.5 Diposkan Oleh: jagostu

0 comments:

Post a Comment