Assalamualaikum.
Ada yang pelik dengar nama biskut ni.....seriusss Mas cakap...Biskut Telur Rebus ni sangat sedapp...teksturnya yang rapuh dan mencair dimulut memang sangat mengasyikkan bila dimakan. Aduh..tak boleh stop mengunyah klu dah rasa sebiji.... tima kasih pada tuan resepi Mamajay atas perkongsian resepi biskut yang mabeless ni..Mas sharekan lagi disini yerk....
Biskut Telur Rebus
Resepi : Mamajay
Sumber : Noorsha
Bahan² :
5 biji telur di rebus ( ambil kuning sahaja )
2 cawan gula halus - Mas kurangkan jadi 1 1/2 cawan
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung jagung maizena
1 cawan tepung kastad
2 cawan planta @ butter
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil baking powder
1 biji telur ( di kocok - sapu di atas biskut - Noorsha gune telur putih saja )
badam hiris secukupnya untuk hiasan
Cara² :
1. Pukul planta + gula aising sehingga sebati dengan menggunakan senduk. Masukkan esen dan kuning telur yang telah di lecek.
2. Pukul lagi. Masukkan kesemua tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.
3. Canai dan terap dengan acuan yang di gemari. Susun di dalam loyang yang telah di sapu planta.
4.Sapu telur dan hias dengan badam hiris.
5.Bakar selama 15 - 20 minit pada suhu 180'C sehingga masak.
Nota :
Order masih dibuka buat yang berminat...boleh cont Mas / sms 0134242505
0 comments: