Assalamualaikum
Sape pernah makan udang ketak @ udang lipan ni...meh Mas share satu resepi yang mabelesss...memang sekali hadap jerk udang ni....tak de simpan2...makan ngan nasi panas jerk dah cukup sedappp...
Udang Ketak @ Udang Lipan Masak Sos
Resepi : MasDuniaku
Bahan Sos :
1/4 cawan sos tiram Maggi
3 sudu besar sos plum
sedikit kiub ikan bilis
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
4 ulas bawang putih - cincang halus
cili padi - ikut pedas dicincang halus
1/2 biji bawang besar - potong bulat2
1 tangkai daun bawang - potong2
Cara memasak :
Tumis bawang putih dengan api perlahan hingga wangi dan masukkan bawang besar, cili padi, kacau sebati.
Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan sos plum, kacau lagi, kemudian masukkan sedikit kiub ikan bilis, kacau lagi.
Rasakan dan jika ok masukkan daun bawang, kacau sebentar dan masukkan udang ketak yang sudah digoreng tadi dan lada hitam yang ditumbuk kasar, sebatikan dan boleh tutup api.
Sedia dihidang..
0 comments: