Assalamualaikum.
Alang2 ada order kuih lapis , Mas buat sekali untuk anak2 ...padahal maknya yang makan banyak..he3.
Resepi Mas ambil dari dapur ratu kuih2 kukus yang cantik manis iaitu Kak Yatie - Sinar Kehidupanku. TQ kak, resepi2 dari blog akak memang terbaek...sedapppp kuih lapis tu, Alhamdulillah custemer pun puji sedap....
Mas share resepinya disini pulak yerk...
Nota dari blog kak Yatie, Mas paste disini pulak untuk rujukan....
Buat kuih lapis ni kenalah bersabar, sekiranya kuih yg kita buat tu tak menjadi, janganlah kita salahkan pd tuan punya resepi. Kita mestilah kaji di mana silapnya kita...mungkin kita kukus sekejap sangat atau sukatan tak berapa betul.
Pastikan setiap lapisan yg kita kukus tu membeku, kadang2 lapisan yg pertengahan kena lebihkan masa sikit sbb lapisan dah tebal....masa ini kita kena pandai mengagak ikut kesesuaian. Sekiranya adunan tak membeku betul, adunan akan bercampur dngn adunan warna lain.Inilah saja cara saya utk pastikan kuih lapis ni menjadi dan cantik. Di sini saya sekadar berkongsi sedikit petua utk pastikan kuih lapis ni menjadi. Kalau yg rajin tu bolehlah guna 7 warna pada setiap adunan sebab namanya kuih lapis pelangi. Saya guna loyang 10 inci utk resepi ini. Kawan2 bolehlah buat separuh adunan sekiranya terasa kuih ni terlalu banyak.

Kuih Lapis Pelangi
Resepi : Kak Yatie - Sinar Kehidupanku.
Bahan :
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 tepung beras
1/2 cawan tepung ubi
1 1/2 cawan gula pasir
8 cawan santan sederhana pekat( 1 1/2 biji kelapa parut)
1 sudu kecil garam
pewarna merah, hijau, putih, kuning
Cara Penyediaan :
Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan.
Bahagikan adunan kepada 4 bahagian.
Masukkan pewarna ke dlm setiap bahagian.
Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang yang akan digunakan dan kukus loyang sebentar....nak lagi selamat alas loyang dngn plastik.
Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
Lapiskan pula 1 senduk adunan putih dan kukus lagi selama 5 minit.
Lapiskan warna hijau dan kukus selama 5 minit dan di ikuti warna putih.
Lapiskan adunan berselang-seli hingga habis. (*bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus dalam 20 minit ).
Setelah masak, angkat dan sejukkan selama 2 jam. Pastikan kuih betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik/ pisau potong kek.
0 comments: