Wednesday, October 16, 2013

Hari Raya Haji 2013 & Menu

Bergambar selepas solat sunat raya
 This year Idh just a simple do with four of us only.... missed AlongRiz & AngahRuz very much. It was just another day for AlongRiz in the State whilst AngahRuz was in KL and hard for him to pretend that it was just another day while the rest of muslims in Malaysia were having a festive celebration - that made me very sad too but they both are grown up young men and I always pray to Allah to be with them....

Below is our simple menu for the idh.

Hidangan sarapan di meja kecil untuk kami berempat

BAHASA MALAYSIA VERSION
Raya Haji tahun ni cuma ala kadar sebab hanya kami berempat sahaja dan lagi pun raya jatuh pada hari Selasa & Isnin tu Along masih bekerja. Pepagi kami berempat ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidil Adha dan selepas tu sarapan bersama keluarga. Along pun takda jemput sesiapa ke rumah tahun ni. Alhamdulillah, syukur nikmat dari Allah. Semuga qurban kami suami-isteri di terima Allah pada tahun ni.


Untuk sarapan pagi, Along cuma masak Ketupat Pulut Daun Kelapa dan Rendang Pedas Ayam.... sebak rasa nya sebab AlongRiz & AngahRuz gemar sangat rendang ni.... semuga mereka berdua tabah di perantauan....


Untuk menu tengahari pula, Along masak ringkas je.... Nasi Saffron, Kurma Daging, Acar Buah dan Rendang Ayam:

Along tak sempat pun nak buat kek raya haji tahun ni.... nasib lah masih ada lebihan Cheesecake Lapis Coklat yg Along buat bulan lepas dan juga kek Tupperware - Cappucino Almond Fruit Cake.

Hari Raya Haji 2013 & Menu Rating: 4.5 Diposkan Oleh: jagostu

0 comments:

Post a Comment