Monday, October 7, 2013

Kari Ikan Gaya GOA - sedapppp ( tanpa guna serbuk kari )




Assalamualaikum.
Baru2 ni Mas try Kari Ikan Gaya GOA, tertarik dengan resepinya..apa lagi resepi dari Chef yang terkenal iaitu Chef Wan...jadi Mas pun mencubanya...lagi pun resepi kari ni tak menggunakan serbuk kari....
Alhamdulillah....sangat sedapp Kari Ikan Gaya GOA ni....TQ pada Kak Norhayati - Sinar Kehidupanku dan Che Mat Gebu - Dapur Tanpa Sempadan yang berkongsi resepi yang mabeless ni ..


Kari Ikan Gaya GOA 
Resepi : Chef Wan


Bahan2 :
600 gram ikan tenggiri
3 biji tomato *
3 biji cili hijau *
3 camca besar serbuk ketumbar *
3 camca besar serbuk jintan putih *
2 camca teh serbuk kunyit * (*dikisar halus)
2 biji bawang besar - dicincang
3 ulas bawang putih - dicincang
1 inci halia - dicincang
1/2 camca besar biji sawi
4 camca besar cili kisar
500 ml santan (mat guna 200 ml santan + 300 ml air)
1/2 cawan jus asam jawa
2 biji tomato, belah 3 setiap satu
1 tangkai daun kari
Garam dan gula secukup rasa




Cara membuatnya :-
Panaskan minyak dalam periuk, Tumis bawang besar, bawang putih, halia, daun kari dan biji sawi hingga harum.
Masukkan bahan kisar halus, cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
Tuang sedikit air, kemudian tambah santan, kacau rata. Bila mendidih, masukkan ikan dan jus asam jawa. Kacau perlahan. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula.
Masukkan tomato, dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, roti, lempeng atau roti prata...



Kari Ikan Gaya GOA - sedapppp ( tanpa guna serbuk kari ) Rating: 4.5 Diposkan Oleh: jagostu

0 comments:

Post a Comment