Friday, January 10, 2014

Roti Lembut Gebu yang simple




Assalamualaikum.
Salah satu terapi diri....meroti...
Alhamdulillah....kali ini Mas mencuba resepi di fb .. TQ Anie Japri dan tuan resepi ....
Bahan2nya cukup simple ....yang penting.. doh diuli hingga licin dan kental....insyaAllah..roti yang dihasilkan akan lembut dan gebu...


Roti Lembut Gebu
Sumber :  Anie Japri FB

Bahan :
 500 G TEPUNG HIGH PROTIEN
250 ML AIR SEJUK PETI
1 BIJI TELUR
30G G SUSU TEPUNG
80 G BUTTER @MAJERIN
1 SUDU KECIL GARAM
85GM GULA
1 PAKET YIS(11GM)



CARA:

MASUKKAN SEMU BAHAN CECAIR KE DLM BREAD MAKER.
MASUKKAN BAHAN2 KERING.SET NO 8 UTK DOUGH.
DAH SIAP KELUARKAN DOH DAN BENTUKKAN.
BIAR DOH NAIK SEKALI GANDA.BAKAR SUHU 160C-15-20 MINIT..
MASA MEMBAKAR IKUT KEADAAN SUHU OVEN MASING2

Cara Mas ( Guna Mixer )  :
Mas satukan semua bhn2 kering kecuali garam dalam bowl.
Masukan butter / marjerin, putar perlahan sambil masukkan telur, garam dan air sejuk..
Tukar speed laju dan putar lagi hingga doh licin, kental seperti gmbr dibawah...



Masukkan doh kedalam mangkuk besar, tutup dengan kain bersih lembab dan biar doh naik lebih kurang 45 minit...
Kluarkan, tumbuk2 dan uli doh sebentar menggunakan tangan dan terus bentukkan doh itu.
Biarkan naik sekali lagi dan sapu kuning telur dan bakar selama 30 minit dengan suhu 150c.
Kluarkan roti dan sapu marjerin..
Sedia dimakan..














Pelbagai jenis roti boleh dihasilkan dari 1 adunan resepi...
Selamat mencuba..



Roti Lembut Gebu yang simple Rating: 4.5 Diposkan Oleh: jagostu

0 comments:

Post a Comment