Thursday, September 8, 2011

Cerita Biskut Raya



Assalamualaikum.
Masa HaSue mesej Mas pagi tadi tanya khabar...baru Mas sedar...dah 2 hari tak update blog...sabo jerk..he3...sebenarnya 2 hari lepas tak de sibuk sangat..cuma mood mengupdate blog masih turun naik lagi...tambah2 lak, ada sikit kerja2 ngukis ulangan yang Mas buat...itu yang tak de n3 baru lagi...malas lak nak ulang update resepi2 yang Mas buat baru2 ni.....semalam pun lepas balik dari hospital, ada tetamu datang beraya petangnya, Mas goreng kuetiaw ngan goreng pisang jerk...tambahan selain dari kuih2 raya yang tinggal tak banyak tu...itu yang jadi malas nak mengadap lappy...he3....Rabu lepas Mas buat lagi Popia Pedas @ Bersira Sambal tu untuk buah tangan nurse2 kat PPUM dan ari ni nak ngukis lagi untuk Ain ngan Daniel bawa ke Jamuan Hari Raya Sek Kafa, Mas buat Biskut Chocolate Oats Crips jerk....berbalik pada Tajuk n3 hari ni, Mas nak kongsi sedikit petua yang pada Mas amat bagus sekali...Mas dah try tau....Apabila biskut telah lemau, panaskan semula dalam ketuhar selama beberapa minit, selepas itu sejukkan. Ia akan garing semula. Mas panaskan balik selama 10 minit dengan suhu 160c, bergantung pada oven masing2 tau..Tapi bukan untuk biskut yg telah di salut coklat ye!
Simpan biskut dalam bekas kedap udara. Taburkan sedikit gula pasir kasar agar biskut kekal garing....
Maceh pada Kak Azlita Aziz yang sudi berkongsi petua ini...biskut yang lemau menjadi sedap dan rangup semula bila dipanaskan balik.....i like.....
InsyaAllah, esok ada tetamu special nak datang beraya...
nak tahu siapa...nanti Mas cakap yerk...
mudah2an dapat berjumpa esok....


Cerita Biskut Raya Rating: 4.5 Diposkan Oleh: jagostu

0 comments:

Post a Comment