Wednesday, October 5, 2011

Bihun Sup Tulang



Assalamualaikum. 
Menu semalam, Mas sekeluarga makan Bihun Sup Tulang pulak....memang sedappp.....kali ni Mas try buat Sup Tulang cara Kak Nor...hmmmmm...memang berpeluh2 makan sup tu....apa lagi bila ditambah dengan cili kicap...perhhh....maunya bertambah lagi semangkuk....cukup sedap Sup Tulang resepi Kak Nor ni.....rasa macam makan sup kat kedai pun ada....bila buat sendiri sup tulang ni....memang berbaloi2, puas jugak semalam makan sup tulang...maceh Kak Nor atas resepi sup tulang yang sedappp ni...rasanya semalam nampak Kak Wana pun menerai sup tulang resepi Kak Nor ni...bestkan kak sup tulang tu..

Bihun Sup Tulang
Sumber : MasDuniaku

Bahan:
1 kg tulang lembu (lebih sedap jika digunakan tulang rusuk)
3 biji bawang merah - dimayang halus
1 ulas bawang putih - dimayang halus
2 inci halia diketuk
1 rempah sup bunjut @ 3 sudu besar rempah sup serbuk
1 1/2 sudu besar lada hitam - ditumbuk
3 biji ubi kentang - Mas tak letak
garam dan gula secukup rasa
1 batang celery jika suka
1 kiub pati ayam
air secukupnya
bawang goreng dan daun sup

Bahan penumis :
5 kuntum bunga cengkih 
3 biji buah pelaga
1 btg kulit kayu manis 
1 kuntum bunga lawang

Bahan tambahan :
bihun yang telah dicelur
cili kicap - cili padi + kicap + jus limau = dikisar

Cara :
Bersihkan tulang dan masukkan kedalam periuk bersama air. Sukatan air mestilah sekali ganda lebih dari paras tulang. 
Masaklah sehingga daging 1/2 empuk. 
Jgn buka api terlalu kuat kerana ini akan menyebabkan daging di tulang akan menjadi keras dan liat. Sebaiknya gunakan api yg sederhana shj. Masukkan sedikit garam supaya isi daging menjadi lebih sedap.
Ceduk keluar bhg berminyak yg terdapat dipermukaan air rebusan tulang tersebut. Biarkan sehingga ia sejuk dan masukkan kedalam peti ais. Akan terdapat satu lapisan membeku dibhg atasnya dan bolehlah dibuang, manakala air rebusan yg dibahagian bawah itu dimasukkan kembali kedalam air rebusan tulang. 
Kaedah ini dapat menghalang mulut @ bibir kita menjadi berminyak setelah makan sup tersebut. 
Kaedah ini juga boleh digunakan jika hendak memasak gulai tulang..
Masukkan rempah sup bunjut @ rempah sup serbuk, halia dan ubi kentang. Bolehlah ditambah air jika kuah kelihatan tidak mencukupi. Masukkan juga serbuk lada hitam dan kiub pati ayam.
Dalam kuali berasingan, panaskan sedikit minyak dan tumislah bahan penumis hingga wangi dan masukkan bawang merah dan bawang putih yg telah dimayang. Goreng sehingga bawang tersebut menjadi garing dan curahkan kesemuanya kedalam periuk rebusan tulang, termasuk minyak.
Masukkan celery jika ada dan masukkan garam dan gula mengikut cita rasa masing2. Masaklah sehingga ubi kentang dan daging empuk. tulang memang tak leh empuk kan.. hehe
Hidangkan ke dalam mangkuk dan taburlah bawang goreng dan daun sup.



Bihun Sup Tulang Rating: 4.5 Diposkan Oleh: jagostu

0 comments:

Post a Comment