Monday, October 10, 2011

Blended Butter Cake



Assalamualaikum. Meh layan Blended Butter Cake yang senang dibuat dan sedappp ni....selalunya resepi2 dari Kak Fida Myresepi memang jarang menghampakan...resepi dari Kak Fida ni selalunya simple dan sedappp...sebab tu Mas suka mencuba resepi2 Kak Fida di Myresepi....tengok respon ramai yang dah menerai..nampak Izahdaut pun dah menerai kek ni....cuma Mas sajerk kalerkan kek ni biar ceria sikit..he3...ikut citarasa sendiri yerk..kalau nak plain pun boleh jerk...he3

Blended Butter Cake 
Resepi : Kak Fida Myresepi 
Sumber : Izahdaut
Bahan ( loyang 8 inc. / 9 inc. )
  • 2 1/2 cawan tepung naik sendiri - ayak
  • 1 3/4 cawan gula halus - boleh kurangkan
  • 250 g mentega cair  -guna yang berkualiti
  • 1 1/4 cawan susu segar - dari peti sejuk
  • 4 biji telur
  • 1 sk esen vanilla atau esen perisa buah2an pilihan)
  • 1 sk coklat emalco * saya tambah
Cara membuatnya :
  1. Masukkan kesemua bahan kecuali tepung dan esen ke dalam blender.Kisar hingga sebati dan gula larut.Tuangkan adunan ini ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan tepung sedkit2 sambil dikacau rata.Masukkan pula esen dan kacau lagi hingga sebati.
  3. Tuang adunan ke dalam loyang yang dialas kertas dan disapu mentega.
  4. Bakar pada suhu 160C selama 50 min-1 jam atau hngga masak.
  5. Perbezaan kek yang dah siap...sebelah kiri, kek yang mengguna mixer..yang sebelah kanan, kek yang menggunakan blender... :)
  6. Kek yang dah siap ni moist skali,sekiranya permukaan kek kelihatan melekit,boleh bakar dengan api atas utk menggaringkan lagi.


Blended Butter Cake Rating: 4.5 Diposkan Oleh: jagostu

0 comments:

Post a Comment