Monday, October 10, 2011

Kari Ikan Kembung



Assalamualaikum. Selalunya kalau Mas beli ikan kembung segar, suka sangat buat kari @ asam pedas....jadi semalam Mas buat kari ikan kembung....kari yang tak menggunakan santan tapi sangat sedappp...kari ikan akan jadi bertambah sedapp bila menggunakan ikan segar...manis ikan terasa kat kari tu...Ahad lepas, tengok ikan kembung kat Tesco, segar2 belaka...ikannya cantik keras, badan ikan kembung tu bersinar2 dan insangnya cantik kemerahan, mata ikan tu pun jernih jerk.....itu tips memilih ikan segar......hmmm...sedapp sangat dimasak kari @ pun dibuat laksa....bila Mas buat kari semalam...hmm..memang sedappp kari tu....terasa manis ikan tu kat kuah kari....isi kembung tu pun sedappp...terasa lagi manis ikan tu...kari ni bila dicicah ngan roti dan cokodok...pun sedappp kan..

Kari Ikan Kembung
Resepi : MasDuniaku
Bahan :
  • 6 ekor ikan kembung - ikan lain pun boleh 
  • 1 labu bawang besar - ditumbuk @ dikisar 
  • 3 ulas bawang merah - ditumbuk @ dikisar
  • 5 ulas bawang putih - ditumbuk @ dikisar 
  • 1 inci halia - ditumbuk @ dikisar 
  • 3 sudu makan serbuk rempah kari - gaul dengan sedikit air 
  • 1 sudu makan serbuk cili - optional 
  • 1 sudu besar asam jawa - dibancuh dgn air panas, utk dptkan pes yg pekat 
  • air secukupnya
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1/2 kiub ikan bilis
  • 1 tangkai daun kari secukupnya
  • 2 biji tomato
  • bendi @ terung jika suka
Cara memasak :
  1. Tumis bahan tumbuk @ kisar dan daun kari hingga wangi.
  2. Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan air tadi. Sentiasa kacau hingga pecah minyak dan garing sedikit dengan api perlahan..langkah ini penting untuk dapatkan kari yang sedapppp.....jika pes kelihatan kering semasa mengacau, boleh tambah minyak sedikit2 dan terus kacau hingga pes kari pecah minyak...
  3. Masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih. Masukkan kuib ikan bilis, air asam jawa secukup rasa, sedikit garam dan gula secukupnya...sebatikan dan masukkan ikan, tomato , terung atau bendi. Biarkan seketika dan kacau perlahan yerk supaya ikan tak hancur...
  4. Sesuaikan rasanya kemudian kacau seketika, bolehlah diangkat.
  5. Mas suka masak kari ikan dalam kuali supaya ikan tu cantik tak hancur....Selamat mencuba....




Kari Ikan Kembung Rating: 4.5 Diposkan Oleh: jagostu

0 comments:

Post a Comment