Thursday, January 26, 2012

Light Cheese Cake



Assalamualaikum.
Alhamdulillah, hari ni dapat juga mengupdate blog...hmm...sebenarnya tidak la sibuk sangat...cuma kadang2 keadaan tidak mengizinkan....cewahhh...macam2 kan...meh layan dulu kek yang sangat sedappp ni....Mas pernah buat dulu sekali masa kek ni tengah panasss dipasaran..tapi kejadiaan kek ni masa tu amat mengecewakan...entah mana silap Mas...terus terbantut jap nak menerainya...tapi kan...disebabkan rasa kek tu yang memang serius sedapppp....jadi Mas pun menerainya lagi minggu lepas....haaaa....kek ni dah abisss tau....minggu lepas punya...he3...Alhamdulillah....Light Cheese Cake ni menjadi dengan jayanya....memang puas la makan untuk 1 adunan tu....kek yang lembab2 basah dan gebu ni, ditambah pulak dengan rasa cheese, hmmmmm....memang sangat marbeless....maceh Hasue atas resepi kek cheese yang sangat sedappp ni....memang terbaikkk....Izahdaut pun dah menerai Light Cheese Cake ni tapi sukatan resepinya lain sikit...jadi terpulang yerk nak guna sukatan resepi yang mana...tetap sama...sebab kalau tak silap Mas, ada 3 pilihan sukatan untuk resepi Light Cheese Cake ni....jadi..terpulang lah yerk nak guna yang mana...lagi pun memang ramaiii yang dah menerai Light Cheese Cake ni...betoiii kan...

Light Cheese Cake
Resepi : Hasue 
Sumber : Izahdaut

Bahan :
• 125g cream cheese 
• 200 ml susu segar 
• 70 g mentega atau marjerin
• 70 g tepung gandum 
• 70 gram gula halus 
• 2 biji telur saiz A
• beberapa titik esen vanila @ jus lemon


Cara membuatnya :
1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega @ marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata (boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
5. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek
6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
7. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.

*Kek ni tak banyak songeh sangat. Menjadi ajee walaupun sukatan mungkin ada lari sikit. Yang penting putih telur diputar menggebu dan putih. InsyaAllah kek menjadi. Timing pembakaran pun elok sangat kejadiannya. Tak perlu tambah masa dan kuragkan masa. Oven kita sama la kot mek!! I likeeee
Untuk melihat step by step cara membuat Light Cheese Cake ni , boleh lihat DISINI.


Light Cheese Cake Rating: 4.5 Diposkan Oleh: jagostu

0 comments:

Post a Comment