Friday, January 27, 2012

Nasi Lemak Tumis



Assalamualaikum.
Nasi Lemak yang tengah hot dipasaran....tengok ramai juga yang dah menerainya...Kak Anim pun baru jerk postkan Nasi Lemak Tumis yang glemer ni...
Sebenarnya Mas buat Nasi Lemak Tumis ni Rabu lepas...jadi entry bertangguh la ni..bila tengok Nasi Lemak Tumis kat dapur Kak Anim tadi, terus teringat nak kongsikan juga kat sini....meh kita meramai2kan lagi musim Nasi Lemak Tumis ni..he3
Memang ada kelainan sikit pada Nasi Lemak Tumis ni, sedappp dan wangi...untuk yang belum menerainya...cuba2 lah nasi lemak versi tumis ni yerk..memang best dan berbaloi untuk dicuba.....

Nasi Lemak Tumis

Bahan : ( 5-6 orang )
3 cawan beras
2 cawan santan
2 cawan air
1/2 sudu besar halba
1 daun pandan
1 cm halia-hiris halus
1 batang serai-titik
2 biji bawang merah-hiris
garam secukup rasa
1 sudu minyak + 1 sudu minyak sapi

Cara memasak :
Panaskan kedua-dua minyak, tumis bawang dan halia hingga garing.
Masukkan air dan santan, kacau hingga pecah minyak.
Bila mendidih, masukkan beras, daun pandan, halba, serai dan garam.
Pastu masak seperti nasi lemak biasa..
Hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis @ udang @ sotong, timun, telur dan ikan bilis goreng.

Nota Dapurmamasya
Utk nasi lemak kuning ni , tambah 1 sb kunyit semasa masukkan santan dan air.



Nasi Lemak Tumis Rating: 4.5 Diposkan Oleh: jagostu

0 comments:

Post a Comment