Thursday, March 29, 2012

Basic Bread : Garlic Finger Bread



Assalamualaikum.
Garlic Finger Bread ni la yang Mas gadingkan ngan Creamy Chicken Soup yang Mas entrykan semalam. Hmm...satu gabungan yang mantappp....memang best mencicah  Garlic Finger Bread ni ngan Creamy Chicken Soup....ni gara2 tergoda nengok Izahdaut tayang Rabu lepas la....wat meleleh air liur jerk nengoknya...Alhamdulillah...dah merasa dan berpuas hati...
Untuk adunan doh kali ni, Mas tukarkan bread softener dan bread improver ngan water roux ( jadi Mas kurangkan sukatan air tu ) untuk dapatkan roti yang lebih lembut gebu....Alhamdulillah...lembut gebu jerk Garlic Finger Bread Mas ni....seronok sangat...he3

Basic Bread Recipe
Resepi : Puan Roshayati Johari (no link)

Bahan A
500g tepung roti * Mas dan Izah guna tepung gandum
100g gula
1 sk garam
30g susu tepung
1 sk bread softener- optional - Mas x letak
1 sk bread improver- optional - Mas x letak
4 sk yis @ 11 gm yis mauripan
120g water roux

Bahan B
250ml air - Mas letak 170ml jer sbb Mas letak water roux
1 bj telur- pukul sedikit

Bahan C
80g margerine

Bahan D
Gula kasar utk tabur - Mas x letak

Resepi Water Roux
Bahan :
25 gram tepung gandum
125 ml air

Cara membuat water roux :
Masukan semua bahan di dalam periuk .
Kacau sehingga pekat dengan  menggunakan api perlahan, setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan, ( bahagi dua kuantiti water roux tadi, dan boleh digunakan utk 2 adunan roti)



Cara:
Gaul sebati bahan A
Masukkan bahan B ke dalam bahan A dan uli sampai licin.
Masukkan bahan C dan uli sampai adunan tidak melekat ditangan.
Biarkan adunan naik 2 kali ganda selama 30-40 minit.
Tumbuk2 utk keluarkan angin. uli sebentar, bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. susun dlm loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.
Taburkan gula kasar jika suka, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180 C selama lbh kurang 30 minit.
Bila dh masak, keluarkan dan sapu dgn marjerin utk dapat permukaan yg berkilat.

atau

Masukkan semua bahan kecuali Bahan D dalam Bread Maker, pilih setting doh (dlm sejam setengah).
Bila BM dh siap menguli, kuarkan dan tumbuk2 utk buang angin dia,
Bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. susun dlm loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.
Taburkan gula kasar jika suka, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180 C selama lbh kurang 30 minit.
Bila dh masak, keluarkan dan sapu dgn marjerin utk dapat permukaan yg berkilat.



Garlic Spread
sumber: Kak Yatie @ Kak Madihaa

Bahan :
50 gm Butter bergaram ~ suhu bilik
3 ulas bawang putih ~ dicincang halus
2 pokok daun ketumbar ~ dicincang halus
sedikit lada hitam kisar 

Gaulkan semua bahan
Siap digunakan.

Cara Izah Untuk Finger Garlic Bread :
(cara kak Nor sgn67)

Bila doh sudah diproof dan dibuang angin, ambil doh sebesar 50gm, bulat2 kan dan ratakan doh @canai doh menggunakan penggelek. Kemudian gulung doh tadi menjadi bentuk finger bun. Ulang lagi sehingga semua doh habis.

Proff doh tadi sehingga kembang dan sapu  garlic spread di atas permukaan roti. Bakar roti pada suhu 180 C selama lebih kurang 25 minit atau hingga permukaan roti perang. Dihidangkan bersma mushroom soup. Enjoy!!





Basic Bread : Garlic Finger Bread Rating: 4.5 Diposkan Oleh: jagostu

0 comments:

Post a Comment