Wednesday, April 25, 2012

Ayam Masak Kicap





Assalamualaikum.
Melayan lauk kegemaran Ain ngan Daniel pulak...memang selalu jugak Mas masak Ayam Masak Kicap nie....opss..sebenarnya mak abah Ain ngan Daniel pun suka Ayam Masak Kicap nie....siap ratah gitu jerk...hahaha
Resepi yang simple tapi sedappp...jadi Mas kongsikan disini pulak....kali ni Mas tak gunakan Kicap Campur, hanya bahan2 yang ringkas jerk....jom tengok resepinya...kalau ada yang tertarik...sila2 la mencubanya yerk....untuk resepi ni, Mas tak de letak sukatannya...main agak2 jerk...janji rasanya sedappp...


Ayam Masak Kicap
Resepi : Mas Duniaku

Bahan :
ayam - dipotong kecil2
kicap lemak manis
sos tiram - sukatan sos tiram nie suku dari sukatan kicap lemak manis yerk
sedikit serbuk lada sulah @ serbuk lada hitam
sedikit kiub ayam
sedikit garam - jika perlu
sedikit air panas - optional

 Bahan tumis :
( semuanya dihiris2 nipis ) 
bawang besar - boleh letak sebiji @ lebih 
bawang putih - seulas 2 jerk
sedikit halia
cili merah - sebiji @ lebih

Cara memasak :
Panaskan kuali, tumis bahan2 tumis hingga wangi.
Masukkan ayam yang dipotong kecil2 tadi dan kacau sebati.
Biarkan ayam tu selama 10 - 15 minit dengan api perlahan. Kacau2 sama yerk dalam tempoh tu...
Ayam tu akan kelihatan kecut dan air ayam akan keluar....masukkan sos tiram, kicap lemak manis, serbuk lada sulah @ lada hitam dan sedikit kiub ayam.
Kacau sebati dan biarkan dalam 5 minit.
Rasakan dan boleh tambah garam jika suka dan sedikit air panas jika kuahnya sedikit, bergantung pada anda sendiri, Mas memang tambah sedikit air untuk dapatkan kuah lebih.
Biarkan dalam 10 minit dan boleh tutup api.
Ayam ni dimasak dengan api perlahan yerk dan lama sikit untuk dapatkan ayam yang lembut2 gitu...
Selamat Mencuba......



Ayam Masak Kicap Rating: 4.5 Diposkan Oleh: jagostu

0 comments:

Post a Comment