Assalamualaikum.
Hari nie meh layan Gulai Ayam yang special ni pulak, special sebab menggunakan rempah gulai cap bunga ros yang datangnya dari seorang akak yang sentiasa awet muda tu....terima kasih yerk kak....moga makin murah rezeki akak sekeluarga....
Rumah Mas ni kalau gulai @ kari, memang laku sangat....apa lagi Mas masak Gulai Ayam nie guna rempah gulai cap bunga ros...makin berselera tengok Ain ngan Daniel makan...untuk lebihan kuah gulai tu, Mas colek ngan roti, memang sedapp...
Untuk resepinya, Mas copy dari Kak Nor - Secubit Garam. Izinkan Mas kongsikan disini pulak yerk kak....thanks...
Gulai Ayam
Resepi : Kak Nor - Secubit Garam
Bahan :
1 ekor ayam - dipotong
3 sudu besar cili mesin
5 bj bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 in halia *
1/4 in lengkuas *
1 in kunyit hidup * ( *diblend )
3 sudu besar rempah gulai - bancuhkan dgn sedikit air panas hingga menjadi paste
4 cawan air
air asam jawa
2 - 3 biji ubi kentang - dibuang kulit dan dipotong
1/2 cawan santan pekat - boleh guna santan kotak atau santan fresh
garam
gula - boleh guna campuran gula dgn nisan atau gula melaka
sedikit belacan - optional
minyak
Bahan Penumis :
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
5 kelopak bunga lawang
Cara memasak :
Panaskan minyak dan masukkan bahan penumis. Tumis hingga wangi dan masukkan cili mesin.
Biarkan hingga cili garing dan masukkan bahan yang diblend.
Masak hingga pekat dan masukkan paste rempah gulai.
Kacau dan masak lah hingga pecah minyak ( boleh masukkan sedikit air utk pecah minyak dgn lebih elok )
Masukkan ayam dan kacau supaya rempah mesra dgn ayam.
Biarkan seketika dan masukkan air. Kacau2 biar sebati dan masak lah hingga kuah mendidih dan masukkan air asam jawa dan ubi kentang.
Masukkan juga santan pekat dan masak lagi hingga mendidih.
Hendaklah sentiasa mengacau supaya tak naik kepala.
Masukkan pula garam dan gula ( atau nisan @ gula melaka ) dan biarkan merenih hingga ayam masak dan kepekatan kuah yg kita sukai.
Cedukkan ke dalam mangkuk dan hidangkan.
Nota :
Kalau kuah nampak terlalu pekat dan tidak pecah minyak boleh lah dimasukkan sedikit air panas. Teruskan memasak, dengan cara ni minyak akan keluar semula.
0 comments: