Assalamualaikum.
Kali nie meh layan entry tertunggak dulu...Kaswi Pandan Lemak ni Mas buat Isnin yang lepas...masa buat sarapan, terus godek2 buat Kaswi Pandan Lemak ni. Senang jerk membuatnya...he3
Ni gara2 terliur tengok Kaswi Pandan Lemak yang HaSue buat Rabu lepas, jadi teringin nak mencubanya...hmm...memang sedapp...terasa lemak santan tu...dan Mas tukar tepung ubi kayu dengan tepung jagung...dan Mas lebihkan air tu untuk dapatkan kaswi yang ala2 goyang inul.....terima kasih pada tuan resepi kak besah@myResepi.com. Kak Q dan Kak Naz pun dah menerainya. Memang sedapp Kaswi Pandan Lemak ni...suka sangat...
Kaswi Pandan Lemak
Resepi : kak besah@myResepi.com
Bahan :
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi kayu - Mas guna tepung jagung
1 cawan santan
1 1/2 cawan air perahan daun pandan - 3 helai - Mas guna 2 cawan air untuk dapatkan kaswi yang goyang2 inul...
3/4 cawan gula pasir
1/2 sudu teh AIR kapur sireh
1/2 sudu teh garam
1 biji telur - x kira saiz
beberapa titik pewarna hijau.
secawan kelapa parut (putih sj) + secubit garam.
Cara membuatnya :
Kacau sebati tepung gandum dan tepung ubi kayu dan gula bersama air pandan dan telur.
Pastu campurkan kesemua bahan2 yang lain. Kacau hingga tidak bergentel. Tapis lah adunan ni
Seterusnye, masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak, jgn lah tebal sangat, dalam 3 cm cukup.
Pastu kukus lah hingga masak.. dalam 20 - 25 minit. (oleh kerana penyediaan x ambil masa lama, eloklah panaskn pengukus sebelum mengadun adunan.)
Bila kaswi dah sejuk, boleh la dipotong dan digolekkan dlm kelapa parut yang telah dicampur dengan secubit garam.
0 comments: