Assalamualaikum.
First time tau Mas buat Kuih Lompat Tikam ni. Selalunya Mas beli jerk. Berbaloi buat sendiri sebab dapat banyak untuk 1 adunan....puas juga makan...he3
Simpan dalam freeze lagi best.....sejukkk nyaman jerk bila makan....
Macam biasa, resepinya dari Kak Fida Myresepi. TQ kak....
Kuih Lompat Tikam
Resepi : Kak Fida Myresepi
Bahan :
10 -12 mangkuk kecil
Lapisan bawah :
62 g tepung beras @ 8 sudu besar
660 ml air @ 2 1/2 cwn + 2 sudu besar
62 ml air pandan @ 3 sudu besar + 1/2 sudu kecil pewarna hijau
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil air kapur - Mas x letak
Lapisan atas :
25 g tepung beras @ 3 sudu besar
600 g santan pekat @ 2 cawan + 5 sudu besar
1/2 sudu kecil garam
Air gula :
250 g gula melaka @1 cawan - yang telah dihiris halus
500 ml air @ 2 cawan
1 helai daun pandan - di simpul
Cara :
Gula melaka, daun pandan dan air dimasak hingga mendidih dan gula larut.
Tapis dan sejukkan.
Cara :
Campurkan bahan2 lapisan bawah di dalam periuk, Kacau rata dan masak hingga pekat dan berkilat, sampai nampak adunan meletup letup besar. Matikan api.
Tuang adunan ke dalam mangkuk2 kecil yang bertutup hingga 1/2 bahagian mangkuk. Ketepikan.
Masak pula lapisan atas hingga pekat dan tuang keatas lapisan bawah tadi. Sejukkan pada suhu bilik.
Tuang secukup air gula ke atas kuih dan boleh di hidangkan.
Jika suka makan sejuk,simpan kuih yang telah diisi air gula di dalam peti sejuk.
0 comments: