Assalamualaikum.
Layan jerk la yerk entry tertunggak nie....dah lama buat..rasanya lepas2 Izahdaut tayang, Mas pun buat seminngu lepas tu...lagi resepi donut yang mabeless...ramaii dah yang mencubanya....merata2 kat fb nampak donut resepi Izahdaut nie...dan kali ni Mas buat 2 versi.....donut dan burger msia....TQ Jah resepinya....memang best.... ^_^
Donut Lembut Izahdaut
Resepi : Izahdaut
Bahan :
2 sk yis mauripan
1/4 cawan air suam
1sk gula
*satukan bahan diatas dan biar berbuih utk memastikan yis aktif.
3 cawan tepung gandum
4 sb gula
1/2 sk garam
2 sb susu tepung
1 biji telur
1/2 cawan air - kurang lebih
2- 21/2 sb butter @ marjerin
Caranya :
Satukan tepung, gula, garam, susu tepung ke dalam mangkuk yang besar. Gaulkan sekata dan lubangkan tengah2 tepung. Tuangkan telur, air, yis dan marjerin. Uli sehingga llicin atau tidak melekat ditangan. Biar kan doh didalam bekas yang berttutup atau tutup menggunakan tuala lembab sehingga doh kembang.
Bila doh kembang tumbuk2 untuk keluarkan angin dan boleh bentukkan donut anda.
Biar sebentar donut naik *15-20 minit* dan goreng dengan minyak panas dengan api sederhana kecil.
Salutkan donut dengan gula halus atau celupkan dengan coklat.
Sedia dinikmati.
penggunaan BM:
Masukkan bahan2 mengikut turutan arahan BM masing2.
0 comments: