Tuesday, March 12, 2013

Daging Palembang - sedap dan senang dibuat




Assalamualaikum.
Menu lunch hari ni.... tengok kat fb ngan blog, ramai yang dah mencuba Daging Palembang ni....yummyy...sedappp sangat dan mudah disediakan...bahan2nya pun ringkas jerk..dan Mas gantikan santan dengan kerisik...hmmm...memang mabeless Daging Palembang  ni, selain makan dengan nasi, colek dengan roti pun sedappp...tak percaya...cuba la dulu...he3


Daging Palembang 
Sumber : Kak Madihaa

Bahan :
700 gram daging - potong lebar dan nipis
2 batang serai - dititik
500ml santan pekat  - (boleh gantikan dengan kerisik) ~ Mas ikut kak MaDiHaA, tak gunakan santan tapi masukkan kerisik homemade anggaran 3 sudu besar
1 cawan kicap lemak manis Cap Kipas Udang (Habhals)
minyak

Bahan kisar:
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
15 biji cili kering

Rempah penumis:
3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga



Cara:
1. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar, bahan penumis bersama serai sehingga pecah minyak.
2. Masukkan daging dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga keluar air daging dan biarkan seketika.
3. Masukkan kicap dan diikuti dengan santan. Biarkan masak hingga daging mula empuk.
4. Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat.


P/S:
 Menurut Kak Maria Hakem, jika tidak mahu masukkan santan, dan rajin buat kerisik, eloklah masukkan kerisik.




Daging Palembang - sedap dan senang dibuat Rating: 4.5 Diposkan Oleh: jagostu

0 comments:

Post a Comment