Bahan-bahannya:
1 ekor ayam dibuang kulit - dipotong 12 dan digaramkunyitkan
1/2 kilo pati santan - dicampur dengan 2 cawan air
3 biji ubi kentang saiz sederhana - 1 biji dibelah dua
1 sudu besar serbuk garam masala - boleh dibeli di pasar raya
2 biji cili merah/cili hijau - Kak Noor gula cili merah
Beberapa biji cili padi, sekiranya suka
1 biji tomato - dibelah 4
1 cawan air
Garam dan gula secukup rasa.
Bahan-bahan A: (disatukan dan diblend)
4 sudu besar serbuk rempah kurma
1 biji bawang besar (merah) bersaiz besar
3 ulas bawang putih
1 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk ketumbar
3 biji buah keras
Air secukupnya
Bahan-bahan B: (Tumis)
3 biji bawang kecil (merah) - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
2 inci halia tua - dihiris
2 inci kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 tangkai daun kari
3 sudu besar minyak masak/minyak sapi
atau campuran kedua-duanya.
Cara-cara memasak:
1. Ayam yang telah digaramkunyitkan diperam sekurang-kurangnya dua jam atau semalaman di dalam peti sejuk.
2. Panaskan minyak masak/minyak sapi di dalam periuk. Tumis bahan-bahan B sehingga naik baunya dan sedikit kekuningan. Masukkan bahan-bahan A yang telah diblend dan tutupkan periuk dengan tudung, dan masak sehingga terbit minyak (pecah minyak). 3. Masukkan ayam, 1 cawan air, dan adunkan sebati dengan rempah. Tutup periuk dengan tudung dan biarkan ia masak dalam keadaan reneh (braising) sehingga ayam empuk.
4. Kemudian masukkan santan, ubi kentang, dan serbuk garam masala. Perasakan dengan garam dan gula. Masak sehingga mendidih dan ubi kentang empuk.
5. Akhir sekali masukkan tomato, cili hijau/cili merah dan cili padi. Kacau dan biarkan 1 minit di atas dapur. Tutup api.
6. Boleh dihiaskan/taburkan daun saderi di atasnya.
0 comments: