Saturday, October 26, 2013

Gulai Lada Daging Salai

 More frequent beef menu lately with the Qurban meat from the recent ibadah....

Tak tahan nengok Tun Telani & Sury (FB wall) menyalai daging, Along pun tanpa lengah2 terus keluarkan daging & join gang menyalai tapi dah seminggu baru dapat nak update blog ni sebab kesibukan dan menunggu giliran entri2 yg tertunggak belum di siarkan.

Gulai Lada ni resepi keluarga Along, turun-temurun dari Opah lagi. Masak gulai ni tak payah letak cili, cuma lada & jintan untuk pedaskan nya. Serai mesti letak banyak & juga hirisan daun kunyit akan mengharumkan gulai ni. Tentu ramai yg tak pernah rasa gulai sebegini sebab setiap kali Along hidangkan kepada tetamu sudah pasti mereka akan tertanya2 resepi nya. Sebenarnya ia nya amat mudah... semuga ilmu yg Along kongsikan ni melimpahkan pahala nya kepada ibunda Along dan juga arwah Opah.

Along juga suka potong daging memanjang selari dengan urat nya supaya nanti dapat di carik2. Supaya daging tidak liat, pastikan hirisan nya nipis dan jangan di balik2an sewaktu di salai. Balikkan hanya setelah betul2 garing & lakukan nya hanya sekali sahaja. Daging akan liat jika di balikkan dengan kerap.

Daging salai tu separuh Along gulaikan dan separuh lagi Along hidangkan dengan air asam seperti gambar ni:

Along salai daging di atas griddle (cast iron pan yg bergerigi permukaan nya):

Daging yg baru sahaja di balikkan:

Daging yang telah sempurna masak nya:

Daging yang telah di carik-carik:

By: AlongRoz@HomeKreation
BAHAN2:
~500g Daging Batang Pinang - hiris nipis selari dgn urat panjang 
2-3 sb Olive Oil
2 sb Lada Hitam*
1 sb Jintan Manis*
5 batang Serai*
5 ulas Bwg Merah*
3 ulas Bwg Putih*
2-3 ketul Kunyit Hidup*
2" Halia* (* blend halus) 
2 helai Daun Kunyit - hiris halus 
2 keping Asam Kering
Santan secukup nya
Garam

CARA2:
1.  Lumur daging dgn garam & kunyit hidup/serbuk sehingga rata.
Gaulkan daging dgn olive oil.
Panaskan griddle & sedikit olive oil.
Salai daging sehingga garing bahagian bahagian bawah nya (jgn balikkan sehingga betul2 garing supaya daging tidak liat).
Balikkan & masak sehingga betul2 garing.
Angkat & koyak2an daging mengikut urat panjang nya.
2. Letakkan kesemua bahan2 ke dlm periuk dan masak sehingga mendidih dan sebati rasa.
3. Hidangkan dgn nasi putih.



Gulai Lada Daging Salai Rating: 4.5 Diposkan Oleh: jagostu

0 comments:

Post a Comment